Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 September 2024

ASB1000: Azlan Shah Raih Tempat ke-2 di Sepang

Pelumba TKKR BMW Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaannya di tempat ke-2 di pelumbaan 1 Kejuaraan IDEMITSU FIM Asia Road Racing pusingan kelima dalam kelas ABS1000. Perlumbaan yang berlangsung di litar Antarabangsa PETRONAS Sepang petang tadi juga menyaksikan Yuki Kunii dari SDG Team HARC-PRO Honda Ph. meraih tangga pertama dengan cemerlang sekali.

Pemenang perlumbaan 1, dari kiri: Azlan Shah, Yuki & Nakarin.
Pemenang perlumbaan 1, dari kiri: Azlan Shah, Yuki & Nakarin.

Dalam sesi kelayakan, Hafizh Syahrin dari JDT Racing berjaya mencatatkan masa terpantas 2’05.224s untuk memperolehi petak pertama bagi perlumbaan 1. Diikuti tempat kedua oleh Yuki Kunii selepas mencatat masa 2’05.300s dan Sho Nishimura (TKKR BMW Racing Team) mencatatkan masa terpantas 2’06.092s untuk menempah petak ketiga.

Pada awal saingan, Hafizh dengan pantas memimpin perlumbaan diikuti Yuki dan Nakarin (Honda Asia-Dream Racing with Astemo) di belakangnya.

Pada lap kedua, jentera yang ditunggang Hafizh sedikit bergoyang sekaligus memberi peluang buat Yuki dan Azlan Shah memotongnya untuk berada di kedudukan pertama dan kedua.

Nakarin yang di kedudukan keempat naik ke tangga ketiga selepas memintas Hafizh ketika di lap kelima. Manakala Yuki dan Azlan bersaing dalam perebutan juara.

Kedudukan tempat pertama kekal milik Yuki sehingga penamat dengan mencatatkan masa 25’31.250s. Manakala Azlan pula ditangga kedua dengan catatan 25’34.412s dan kedudukan ketiga menjadi milik Nakarin dengan catatan 25’36.101s. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.