Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 September 2024

Hakim Danish Raih Podium Di Misano, Menamatkan Saingan Musim Ini di Tempat Ke-6 Keseluruhan

Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup melabuhkan tirainya pada 8 Ogos 2024 di Litar Misano dengan kedudukan podium buat Hakim Danish selepas mengharungi persaingan yang cukup sengit dari awal hingga akhir.

Sebelum itu, seluruh peminat sukan permotoran di Malaysia amat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh pelumba muda dari Terengganu itu apabila muncul juara pada pusingan sebelum ini yang diadakan di Aragon akhir Ogos lalu. Danish telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga dan telah menghadiahkan kemenangannya itu buat seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke-67.

Kembali ke Litar Misano. Dalam Perlumbaan 1, Danish yang bermula agak lewat (dari petak ke-11) sedikit ketinggalan di awal saingan tetapi telah mempamerkan keazaman yang tinggi untuk mengejar kelompok hadapan. Apabila mula mendapat rentak, Danish makin pantas dan sedikit demi sedikit sudah merapatkan diri.

Walaupun saingan hanya berbaki lima lap sahaja lagi, Danish masih di tempat ketujuh. Pertarungan di hadapan makin sengit. Alvaro Carpe, Guido Pinni, Rico Salmela, Valentin Perrone dan Marco Moreli bagaikan melekat – terlalu rapat!

Lap 4 adalah kuncinya. Danish mula memintas dan rentaknya juga semakin laju. Namun begitu, bukan mudah untuk kekalkan kedudukan kerana serangan bertali arus datangnya dari pelbagai arah. Dua lap sebelum tamat, Danish kini berada di posisi keempat dan selepas mencuba beberapa kali, dia berjaya memintas lawannya untuk mendapat kibaran bendera di tempat ketiga.

Perlumbaan kedua juga sama. Para pelumba saling merampas kedudukan hampir di setiap selekoh. Danish kini tersepit dan sukar untuk melepaskan diri seperti di perlumbaan awal. Beberapa lap berikutnya, Danish makin konsisten, dan berusaha keras untuk memintas para pelumba di hadapan. Danish akhirnya berada di tempat ketujuh, tewas tipis kepada Veda Pratama, Guido Pinni dan Rico Salmela.

Juara keseluruhan untuk Kejuaraan MotoGP Rookies Cup menjadi milik Alvaro Carpe dari Sepanyol dengan 232 mata diikuti Brian Uriarte kedua (230 mata), manakala Valentin Pero di tangga ketiga keseluruhan. Hakim Danish menamatkan musim yang penuh mencabar di tempat keenam keseluruhan dengan 139 mata. Tahniah diucapkan.

“Perlumbaan kedua cukup sukar buat saya kerana ramai pelumba cuba untuk memintas. Saya cuba ke hadapan mengekori kumpulan pendahulu dan cuba kekalkan motivasi untuk mempertahankan kedudukan sebaiknya bagi mendapatkan semula posisi. Saya telah melakukan sedikit kesilapan, saya cuba untuk ke podium tetapi segalanya sudah terlambat. Saya tidak mampu untuk berada di depan dalam lap akhir,” komen Danish. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Dari Litar

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.