Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 September 2024

Selepas 1,043 hari...Marc Marquez Akhirnya Jadi Juara

Selepas 1043 hari, terlibat dalam kemalangan, melalui beberapa pembedahan, berpindah pasukan dan macam-macam lagi cabaran... Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP) akhirnya kembali ke tangga teratas podium Grand Prix selepas mendominasi majoriti perlumbaan akhir Gran Premio GoPro de Aragon semalam.

Aksi Marc Marquez ketika menang dalam saingan Tissot Sprint.
Aksi Marc Marquez ketika menang dalam saingan Tissot Sprint.

Sebelum itu, Marquez terlebih dahulu memberi bayangan 'kekuatannya' apabila menang dalam perlumbaan Tissot Sprint dengan tunggangan yang menakjubkan. Pada saingan akhir, Marquez melepasi garisan permulaan untuk melakukan holeshot dan tidak lagi menoleh ke belakang. Tidak dinafikan, rentaknya cukup sempurna untuk membuka jarak pada setiap lap dan Marquez mencipta detik kemunculan semula terhebat dalam sejarah MotoGP.

Tunggangan yang cukup bertenaga dipamerkan oleh Marc Marquez '93'.
Tunggangan yang cukup bertenaga dipamerkan oleh Marc Marquez '93'.
Jorge Martin berjuang habis-habisan untuk muncul juara keseluruhan.
Jorge Martin berjuang habis-habisan untuk muncul juara keseluruhan.
Pedro Acosta '31' menahan serangan daripada Brad Binder.
Pedro Acosta '31' menahan serangan daripada Brad Binder.

Jorge Martin menduduki tempat kedua dan kini melebarkan kedudukan mendahului kejuaraannya – diperoleh semula daripada Francesco Bagnaia (Pecco) yang terlibat dalam kemalangan dengan Alex Marquez beberapa lap sebelum tamat. Masing-masing tidak berpuas hati tetapi terpaksa akur keputusan pihak FIM MotoGP bahawa - Ia adalah insiden perlumbaan dan tiada tindakan lanjut.

Pecco hilang mata di GP Aragon.
Pecco hilang mata di GP Aragon.

Sementara itu, Pedro Acosta (Red Bull GASGAS Tech3) menduduki tempat terakhir di podium, kembali ke petak GP buat kali pertama sejak GP Amerika pada April lalu dan kini menduduki tempat kelima dalam carta keseluruhan. Satu pencapaian hebat untuk pelumba baru!

Alex Marquez '73' cuba melarikan diri daripada Pecco - sebelum berlakunya insiden.
Alex Marquez '73' cuba melarikan diri daripada Pecco - sebelum berlakunya insiden.
Alex Rins, tempat ke-9 di GP Aragon.
Alex Rins, tempat ke-9 di GP Aragon.
Joan Mir bekerja keras untuk rapat dengan kumpulan hadapan.
Joan Mir bekerja keras untuk rapat dengan kumpulan hadapan.

Kemalangan di peringkat awal melibatkan Miguel Oliveira (Trackhouse Racing), Fabio Quartararo (Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP) yang gagal menyambung saingan. Pada masa yang sama Enea Bastianini sedang berjuang untuk tempat terakhir dalam 10 pelumba teratas bersama Fabio Di Giannantonio dan Jack Miller.

Luca Marini, tempat ke-17 di GP Aragon.
Luca Marini, tempat ke-17 di GP Aragon.
Fabio Quartararo '20' memiliki rentak yang mantap tetapi sayangnya nasib kurang baik dalam perlumbaan kali ini.
Fabio Quartararo '20' memiliki rentak yang mantap tetapi sayangnya nasib kurang baik dalam perlumbaan kali ini.

Jaguh KTM, Brad Binder melintasi garisan penamat di belakang Acosta sebagai pemenang tempat keempat manakala Enea Bastianini melengkapkan kedudukan lima teratas.

Happy betul Marc Marquez kali ini!
Happy betul Marc Marquez kali ini!

Morbidelli mendapat tempat keenam selepas hujung minggu yang mantap, di hadapan Di Giannantonio dan Marco Bezzecchi. Walaupun Quartararo gagal menghabiskan saingan kali ini, rakan sepasukannya Alex Rins berjaya meraih kedudukan ke-9. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.