Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Ogos 2024

CP150: "Saya Semakin Bersemangat Kejar Takhta Kejuaraan," Azroy

Kemenangan pertama musim ini buat pelumba Pasukan Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar membuatkan dia lebih bersemangat untuk mengejar takhta kejuaraan keseluruhan CP150. Dia akan meneruskan persaingan dengan mempertahankan kedudukan dalam pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Tangkak nanti.

Selepas menamatkan saingan di tangga teratas musim ini di litar Terengganu, Azroy kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan kutipan 91 mata. Walaubagaimanapun, kedudukan teratas CP150 masih didominasi oleh pesaingnya iaitu Akid Aziz dengan jarak 34 mata.

Pada tahun 2021, Azroy meraih gelaran juaran keseluruhan selapas naik podium sebanyak lima kali termasuk tiga kemenangan. Walaupun gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan pertama, beliau berjaya mengumpul sebanyak 163 mata. Untuk 2022 dan 2023, Azroy menamatkan cabarannya pada musim tersebut di tangga ketiga keseluruhan walaupun tidak menjuarai kelas tersebut.

"Pasukan CKJ adalah pencabar utama saya kerana jentera mereka sangat konsisten dan laju di setiap litar. Kami akan cuba dapatkan tahap kejaluan yang sama agar boleh merapatkan lagi jurang. Saya amat selesa dengan jentera Honda RSX ini kerana mempunyai handling yang bagus serta ditambah dengan suspensi yang lebih baik. Litar Tangkak merupakan litar yang amat teknikal kerana perlu mempunyai kekuatan enjin untuk bersaing. Pasukan saya telah bekerja dengan keras agar dapat menawarkan talaan terbaik pada jentera. Saya akan fokus 100% dalam perlumaan akan datang untuk merebut gelaran juara," kata Azroy. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.