Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Ogos 2024

CP125: Shafiq Berazam Untuk Berada di Tempat Tiga Teratas

Pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing, Md Shafiq Ezzariq akan meningkatkan lagi usahanya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik dalam pusingan ketujuh kelas CP125 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak hujung minggu ini.

Pada saingan Cub Prix musim lepas, pelumba yang menunggang jentera Yamaha ini telah berjaya berada di tangga podium sebanyak enam kali termasuklah satu kemenangan. Md Shafiq telah menampilkan kehebatannya untuk bersaing bersama para pelumba yang hebat di kategori CP125. Untuk musim tersebut, beliau meraih kedudukan kedua secara keseluruhan dengan mengutip 150 mata.

Musim 2024 agak sukar buat Shafiq yang kini dia berada di tangga kelima secara keseluruhan. Sejak awal musim dia bergelut untuk mengekalkan momentumnya di atas litar dalam usaha pencarian mata. Walaupun mempunyai pengalaman yang bagus untuk bersaing tetapi Shafiq  sukar untuk mengatasi cabaran daripada pesaing-pesaing terdekatnya.

"Berbeza dengan musim lepas, tahun 2024 cukup mencabar buat saya kerana perlu bersaing dengan pelum-pelumba yang hebat. Perubahan dari segi peraturan jentera juga telah membebankan pasukan untuk mencari talaan terbaik. Walaubagaimanapun, saya tetap akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan berikan yang terbaik buat diri dan pasukan," kata Shafiq.

"Saya percaya mampu bersaing untuk merebut tempat tiga teratas. Jika diberikan rezeki, mungkin target saya untuk bergelar juara. Masih lagi terdapat empat pusingan, perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Untuk pusingan yang akan datang dan seterusnya, matlamat saya adalah untuk berada di podium," tambahnya. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

Sebanyak 22 buah motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru, di sini hari ini.