WSBK: "Alvaro datang selangkah demi selangkah...Saya tunggu dia!" - Toprak Razgatlioglu

Pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu mencipta sejarah saingan WSBK apabila meraih kemenangan untuk kali ke-13 berturut-turut dan ia adalah satu pencapaian yang sukar dicabar oleh para pelumba lain.
Namun begitu, Toprak akui bahawa dalam saingannya di Litar Portimao minggu lalu, pencabar utamanya iaitu Alvaro Bautista dan Nicolo Bulega sudah semakin dekat. Ya...ini dibuktikan dengan perbezaan masa di antara Toprak selaku juara dengan pemenang tempat kedua.
Nicolo Bulega juga mempunyai pendapat yang sama. Katanya selepas tamat perlumbaan, "Kami semakin laju. Pertama kalinya Toprak semakin dekat dan saya mempunyai peluang untuk menewaskannya nanti."

Jika prestasi jentera Ducati Panigale V4R semakin padu, sudah pasti persaingan kelas perdana akan lebih sengit dan lebih mengujakan. Dahulu, kita disajikan dengan pertembungan epik Yamaha VS Ducati...Ducati VS Kawasaki... kali ini Ducati seperti sudah sedia untuk mengacah BMW. RR