MotoGP 2024 : Livery Istimewa Sempena Ulang Tahun 75 MotoGP Silverstone

Kesemua 11 pasukan yang bersaing dalam kelas prima secara rasminya memperkenalkan rekacorak livery bersempena sambutan ulang tahun ke-75 MotoGP di Monster Energy British Grand Prix pada penghujung minggu ini.
Ada pasukan yang telah menghasilkan corak yang berinspirasikan daripada jentera-jentera lagenda yang gah di litar beberapa dekad lalu yang pastinya mengingatkan kita dengan memori saingan hebat yang melibatkan para pelumba lagenda kesayangan ramai. Ada juga pasukan yang menggunakan corak yang berpandukan memori lebih baru tetapi istimewa buat mereka secara khususnya.
Jom kita lihat corak jentera-jentera MotoGP kali ini!
1. Ducati Lenovo Team

Jentera yang bakal ditunggang oleh Pecco dan Bastianini mengimbau kembali corak jentera Ducati Desmosedici GP3 yang ditunggang oleh Loris Capirsso dan Troy Bayliss ketika kemunculan pertama pasukan Ducati dalam MotoGP pada tahun 2003.

2. Pertamina Enduro VR46 Racing

Dahulunya, Valentino Rossi sering mengenakan pelbagai rekacorak pada sut, jentera dan topi keledarnya. Antara yang paling popular ialah Sole Luna atau terjemahannya, Matahari & Bulan yang sudah pasti memberikan 'imej' jelas The Doctor.
3. Gresini Racing


'Design' yang mendekatkan kita dengan legasi mendiang Fauto Gresini ketika bersaingan begitu cekal pada tahun 1985 hingga 1987 untuk bergelar Juara Sedunia 125cc.
4. Aprilia Racing

Siapa tak kenal dengan corak Merah/Hitam yang begitu ikonik ini. Pasukan kilang Aprilia memiliki sejarah yang begitu hebat dalam saingan 125cc & 250cc dengan kemenangan Juara Sedunia sebanyak 19 kali, dari tahun 1992 hingga 2011.

Kedua-dua pelumba Aprilia akan berada di grid permulaan dengan jentera yang dipadankan dengan livery Aprilia RSV 250 'milik' Max Biaggi.
5. Monster Energy Yamaha

TIdak dinafikan, corak Yamaha MERAH/PUTIH ini antara yang paling 'lejen' buat pasukan Yamaha dan dunia sukan dua roda. Kali pertama 'design' ini ditampilkan ke khalayak umum ialah pada tahun 1964 dan digunakan oleh Jarno Saarinen & Giacomo Agostini hingga tahun 1970an.

6. Repsol Honda


Honda memilih untuk mengabadikan corak jentera milik sang lagenda, Freddie Spencer ketika memberi saingan dalam Kejuaraan Sedunia 500cc pada tahun 1983. Freddie ketika itu menunggang Honda NS500 berjaya menewaskan Kenny Roberts Sr hanya kelebihan 2 mata dan dinobatkan sebagai juara termuda kelas prima pada usia 21 tahun.
7. LCR Honda


Johann Zarco akan memacu jentera yang memiliki gaya rekacorak jentera 6 silinder yang ditunggang oleh Mike Hailwood ketika berlumba dalam Kejuaraan Sedunia 250cc pada tahun 1966. 'Livery' jentera Takaaki Nakagami pula diinspirasikan daripada bendera Jepun (Merah/Putih) yang dikemaskan dengan logo penaja-penaja mereka.
8. Trackhouse Racing

Memandangkan ini adalah musim pertama mereka dalam kelas prima, maka mereka memilih untuk memaparkan wajah para pelumba lagenda dari America seperti Kevin Schwantz, Freddie Spencer, Kenny Roberts dan semestinya Wayne Rainey.
9. Prima Pramac Racing

Ducati memberikan penghormatan buat Angel Nieto dan jentera bersejarah miliknya yang muncul juara keseluruhan kelas 125cc pada tahun 1983.

10. Red Bull KTM Racing
Putih/ Biru ini adalah warna asas original untuk program KTM Road Racing, KTM LC4. Jentera tersebut dibangunkan oleh Wolfgang Felber yang kemudiannya meraih kemenangan di Kejuaraan 'Sound of Singles' yang diadakan di Jerman pada tahun 1989.
12. Red Bull GASGAS Tech3

Jaguh dalam pembikinan, Pedro Acosta dan rakan sepasukannya Augusto Fernandez juga akan turun berentap ke litar SIlverstone dengan jentera berwarna serba baru. RR