Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2024

MotoGP Kembali Beraksi di India Bermula 2025

MotoGP telah menandatangani kontrak baru dengan Invest UP, agensi kerajaan Uttar Pradesh yang bertanggung jawab atas pelaburan antarabangsa ke negeri. Persetujuan itu mengesahkan Grand Prix India akan berada dalam kalendar MotoGP bermula dari 2025 hingga 2027.

Marco Bezzecchi, Juara GP India 2023.
Marco Bezzecchi, Juara GP India 2023.

Perlumbaan akan diadakan di Litar Antarabangsa Buddh, yang membuat penampilan sulungnya pada kalendar MotoGP pada musim 2023 yang lalu. Dengan populasi lebih 1.4 bilion dan lebih daripada 200 juta buah motosikal di jalan rayanya, India pastinya adalah pasaran global utama untuk MotoGP, pengeluar dan kebanyakan rakan kongsi permotoran.

Pengangkutan jentera dua roda merangkumi nilai hampir 75% daripada jumlah kenderaan yang digunakan setiap hari.

Kenangan manis pasukan Yamaha di GP India 2023 apabila berjaya kembali ke podium.
Kenangan manis pasukan Yamaha di GP India 2023 apabila berjaya kembali ke podium.

India juga mempunyai jumlah penonton MotoGP yang cukup tinggi. Untuk itu, pelbagai skop lebih lanjut akan diperkembangkan pada musim-musim akan datang. Grand Prix sulung di litar Buddh menyaksikan lebih 100,000 orang peminat hadir datang untuk melihat sejarah tercipta MotoGP dipertandingkan buat pertama kali di negara tersebut. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.