MotoGP: Joan Mir Sambung Kontrak 2 Tahun Lagi Dengan HRC

Honda Racing Corporation dan Joan Mir telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan penyambungan kontrak baru bersama pasukan Honda factory untuk tempoh dua tahun lagi.

Joan Mir membuat penampilan sulung 'sepenuh masa' dalam kelas Moto3 pada 2016, memenangi 10 perlumbaan dan memperoleh Kejuaraan Dunia pertama pada tahun berikutnya. Mir kemudiannya dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2018 dan melangkah ke kelas perdana (MotoGP) pada tahun 2019. Pada tahun 2022, pelumba muda ini telah dinobatkan sebagai Juara Dunia.

Mulai 2023, Mir telah memberi saingan dalam kelas MotoGP bersama Pasukan Repsol Honda, dan telah memenangi sejumlah 12 kemenangan Grand Prix dan 33 podium sepanjang tempohnya di MotoGP. Untuk musim 2025 nanti, Joan Mir dan rakan sepasukanya Luca Marini akan terus bersaing bersama.

Selain Stefan Bradl, Aleix Espargaro kini akan menyertai pasukan Honda sebagai pelumba uji yang bertanggungjawab dalam pembangunan mesin ke tahap yang sewajarnya. RR