Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Julai 2024

Pasukan HRC With Japan Post Menang Perlumbaan Suzuka 8 Hours

Pasukan HRC with Japan Post meraih kemenangan di Coca-Cola Suzuka 8 Hours Endurance ke-45 bersama Takumi Takahashi, Teppei Nagoe, dan pelumba MotoGP Perancis Johann Zarco. Dengan kemenangan ini, pasukan HRC memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut di Suzuka 8 Hours dan pada masa yang sama, ia merupakan kemenangan ke-30 Honda dalam saingan yang penuh keazamanan ini.

Sebanyak 46 buah pasukan berbaris di grid untuk Kejuaraan Dunia FIM Endurance 2024, dan 19 pasukan daripada jumlah keseluruhan dikuasakan oleh enjin Honda, dengan lima pasukan berada dalam kedudukan sepuluh yang terbaik. Semasa sesi memanaskan badan yang diadakan pada sebelah pagi, Pasukan HRC with Japan Post mengungguli catatan masa dengan masa lap dengan 2:06.336.

Perlumbaan akhir berlangsung pada 11.30 pagi (waktu tempatan) dalam keadaan panas dan sangat lembap, dengan suhu 37ºC. Pasukan HRC with Japan Post bermula dari tempat ke-3 di grid dengan mempertaruhkan Takumi Takahashi sebagai pelumba pertama. Pelumba Jepun berpengalaman itu membuat permulaan yang cemerlang, dan selepas pertempuran sengit di hadapan, Takahashi yang agak lama di tempat ketiga, berjaya mengerahkan seluruh tenaga jenteranya untuk merampas tempat kedua.

Tidak lama kemudiannya, Takahashi mendapat ruang untuk menyerang dan berjaya ke tempat paling hadapan. Takahashi kemudiannya menyerahkan Honda CBR1000RR-R Fireblade SP kepada pelumba MotoGP Perancis, Johann Zarco. Zarco menambah baik catatan masa kepada 2:07s. Dengan posisi tunggangan yang selesa, Zarco membuka jurang 20.808 saat.

Terima kasih Zarco! Itu mungkin yang dinikmati oleh rakan sepasukan, Tappei Nagoe yang mengganti tempat sebagai pelumba ketiga. Pasukan HRC with Japan Post masih mendahului satu pusingan. Pada separuh masa perlumbaan, pasukan HRC with Japan Post terus unggul untuk memimpin perlumbaan dengan jurang yang makin jauh, 1:21.322 di hadapan pasukan kedua.

Memasuki suku terakhir perlumbaan Coca-Cola Suzuka 8 Hours, pasukan HRC with Japan Post terus di tempat teratas. Mereka melakukan pusingan yang sangat konsisten dan hentian pit yang terpantas dengan menghasilkan jurang masa sehingga 36.813s. Walaupun penalti 40 saat dikenakan kepada pasukan ini kerana kesalahan di Pitstop, pasukan Jepun itu tetap mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk menerima kibaran bendera  penamat di tempat pertama. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.