Akid Cemerlang di Teluk Intan

Tahniah buad Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing mengesahkan kemenangannya selepas melepasi garisan penamat dalam saingan CP150 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan keempat di Teluk Intan.
Dalam perlumbaan akhir, Afif mendapatkan petak pertama selapas mencatatkan masa terpantas dalam sesi Super-Pole di sebelah bagi. Akid dan Afif dengan pantas mengambil kedudukan di hadapan. Manakala Kasma Daniel yang berada di hadapan Nazirul Izzat mengekori rapat duo pelumba pasukan CKJ Racing itu.
Tiga kelompok pelumba di hadapan, Akid, Afif dan Kasma menjarakkan jurang masa dengan pelumba-pelumba di belakang hampir 3 saat. Di kedudukan keempat, Aroy Hakeem pelumba HONDA ESTREMO YUZY Racing diikuti rapat oleh rakannya, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy.
Pusingan ke-14 cukup menarik sekali di mana Afif merampas kedudukan pendahulu. Namun, Akid tidak lama selepas itu Akid berjaya memintas Afif semula. Kedudukan para pelumba di kelompok hadapan konsisten sehingga penamat dan Akid menghabiskan saingannya selaku juara dengan masa 15'52:420s.
Afif pula menamatkan cabaran di tangga kedua dan Kasma di tempat ketiga yang masing-masing mencatatkan masa 15'52:535s dan 15'53:418s. RR