CP150: Fareez Akan Berikan Saingan Yang Hebat di Teluk Intan
Pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Fareez Afeez bersedia untuk berikan saingan yang terbaik di CP150 pada hujung minggu ini di Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan keempat di litar Teluk Intan.
Pencapaian pertama di podium musim ini merupakan satu motivasi buat Fareez kepada pasukan yang telah lama bersama. Musim ini merupakan penyertaannya yang pertama dalam kelas prima selepas bersaing buat pasukan YYPang Racing Team di kategori CP125 bertahun-tahun. Pada musim lepas, Fareez menamatkan cabaran di tangga kelima secara keseluruhan dengan dua podium termasuk satu kemenangan yang berjaya diraih di Batu Kawan.
Kelas CP150 merupakan saingan yang cukup mencabar kerana mempunyai para pelumba berbakat. Fareez telah bergelut di dalam dua pusingan pertama, tetapi pada perlumbaan pusingan ketiga di Sepang beliau berjaya menamatkan saingan di kedudukan kedua.
"Kelas CP150 amat berbeza dengan CP125. Dari segi jentera dan kelajuan amat perlukan masa untuk saya biasakan diri. Saya perlu memperkuatkan lagi menta dan fizikal untuk saing denga para pelumba yang lain. Mtlamat saya pada musim ini adalah untuk memahami jentera dengan lebih cepat serta menamatkan perlumbaan tanpa sebarang masalah dan membawa pulang ,ata yang banyak buat pasukan," kata Md Fareez. RR
Popular