Wira KBS: Aiman Sedia Dengan Cabaran Pada Hujung Minggu Ini
Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan empat akan berlangsung pada hujung minggu ini di litar Teluk Intan. Pelumba dari pasukan Brothers 7 Tech Racing, Md Aiman Md Hafis semakin bersemangat selepas mendapatkan tempat di podium pada perlumbaan yang lepas.
Pelumba dari Kuala Lumpur ini telah menyertai saingan Cub Prix pada tahun 2022 dalam kategori Honda Dash 125 Challange. Pada tahun pertama beliau berjaya mendapatkan kedudukan keseluruhan di tangga kelapan. Selama setahun beliau memperlajari selok belok berlumba dan pada musim 2023 Aiman berjaya menamatkan tujuh perlumbaan dengan dua podium dan meraih kedudukan keseluruhan di tempat kedua.
Menurutnya, kategori Wira KBS amat berbeza dengan "One-Make" yang mempunyai cabaran berbeza. Aiman gagal mendapatkan mata setelah "DNF" dalam dua pusingan pertama. Walaubagaimanapun, pengalaman tersebut tidak membuatkan beliau menyerah kalah tetapi terus bersemangat untuk meningkatkan lagi prestasinya. Di pusingan perlumbaan ketiga dia menamatkan cabarannya di tangga kedua.
"Untuk pusingan akan datang, cabarannya adalah para pelumba di kategori Wira KBS yang bakal bersaing dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kedudukan terbaik. Talaan jentera adalah amat penting kerana litar ini adalah litar yang sangat teknikal. Pasukan saya bersedia untuk berikan yang terbaik agar jentera saya dalam keadaan yang optimum," kata Aiman. RR
Popular