Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Jun 2024

WSBK 2024 (Litar Misano): Toprak Razgatlioglu - Hero Hatrik!

Pusingan 4 Kejuaraan WorldSBK 2024 pastinya ia akan menjadi memori terindah buat seorang lelaki iaitu Toprak Razgatlioglu, yang mempamerkan kecemerlangan dan bagaikan tidak mampu disentuh oleh mana-mana pelumba di sepanjang hujung minggu. Ini membolehkan pelumba Turki itu menyempurnakan hatrik peribadi pertama (Perlumbaan 1, Superpole & Perlumbaan 2) dalam tempoh dua tahun dan pada masa yang sama, ia adalah kemenangan buat kali ke-44 buat dirinya dalam WorldSBK.

Ketika meraih kenenangan dalam Perlumbaan 1, Toprak membuktikan dia semakin yakin menangani litar, jentera dan para pencabarnya dengan tenang. Dengan kejayaan hari pertama itu, Toprak berjaya meningkatkan mata keseluruhan kepada 21 mata dan pada hari Ahad, dia menambah dua lagi kemenangan dalam koleksinya untuk mengukuhkan kedudukan di tangga teratas. Dia meraikannya dengan 'stoppie' di atas talian sambil membuat sedikit sejarah BMW.

Turut cemerlang di saingan kali ini ialah pelumba pasukan Ducati iaitu Nicolo Bulega yang meraih tempat kedua di ketiga-tiga saingan manakala juara bertahan iaitu Alvaro Bautista menamatkan perlumbaan pusingan 4 ini sebagai pemenang tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 dan 2. Bulega kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 158 mata, 21 mata di belakang Toprak di tangga teratas dan 3 mata di depan Bautista.

Dua lagi pelumba iaitu Andrea Locatelli (Pata Prometeon Yamaha) dan Alex Lowes (Kawasaki Racing Team WorldSBK) turut mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga apabila meraih kedudukan lima pelumba terbaik dalam ketiga-tiga saingan pada hari Sabtu dan Ahad. RR

Kedudukan Keseluruhan:

  • Toprak Razgatlioglu   179 mata
  • Nicolo Bulega            158 mata
  • Alvaro BAutista         155 mata
  • Alex Lowes               124 mata
  • Andrea Locatelli         94 mata
     

Popular

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

  • Warta Roda

    Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

  • Warta Roda

    SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

  • Warta Roda

    Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Artikel berkaitan

Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

Ducati Panigale V4 R Warna Biru Scott Reading Memang Cun!

Ujian Rasmi WSBK '25: Ducati Paling Depan

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

VOGE Bekerjasama Dengan AS25 Racing Team Untuk Bersaing Dalam CubPrix & ARRC

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan 2 tawaran hebat menarik buat para pelanggan Yamaha menerusi aplikasi GENBLU Rewards App (GBR App) bermula dari 6hb Januari hingga 31 Mac 2025 ini.

Model Baru

Honda CBR650R & CB650R 2025 Tampil Dengan Teknologi E-Clutch - Harga Asas Bermula RM47,999

Boon Siew Honda (BSH) teah merasmikan pelancaran dua model terbaru bagi segmen motosikal kelas pertengahan iaitu Honda CBR650R dan CB650R 2025.

Warta Roda

Pegawai Kanan Polis Memandu Ativa Yang Merempuh Penunggang Motosikal Dipercayai 'Microsleep'

Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Kilometer 32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram di Kuala Selangor, Selasa lalu, disahkan merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.

Warta Roda

Aksesori Motosikal Bernilai Lebih RM400,000 Dilupuskan di Kedah

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melupuskan 1,235 barangan kes bernilai lebih RM400,000 membabitkan pelbagai aksesori motosikal yang dirampas sepanjang tahun ini.