Marc Marquez Sah Masuk Pasukan Ducati Lenovo Team.... Ada 'bunyi-bunyi' tak puas hati!
Mungkin ramai dah tahu bahawa musim 2025-2026 nanti Marc Marquez (MM93 )akan bersama pasukan kilang, Ducati Lenovo Team. Juara Dunia lapan kali itu akan menggantikan Enea Bastianini dan digandingkan dengan Francesco Bagnaia (Pecco).
Seminggu telah berlalu (sejak pengumuman itu) tetapi komen daripada para peminat MotoGP makin hangat yang mengatakan 'kerusi kosong' dalam pasukan kilang itu sepatutnya milik Jorge Martin berdasarkan pengalaman dan 'kesetiaan'nya pada Ducati tetapi apabila Jorge membuat keputusan untuk menyertai pasukan Aprilia, maka ia membuka peluang keemasan buat Ducati dan MM93 untuk bekerjasama.
Ada info yang mengatakan Jorge dan Marc masing-masing tidak berpuas hati dengan beberapa plan tentang kedudukan mereka dalam pasukan untuk musim 2025. Martin membuat keputusan untuk endahkan 'persengkataan' itu dan berpindah ke Aprilia - satu keputusan yang mengejutkan semua pihak.
PIhak Ducati juga perlu memilih pelumba yang benar-benar mampu untuk bergelar Juara Dunia MotoGP dan di sinilah Marc Marquez memiliki kelebihan berbanding Martin.
Menurut GM Ducati Corse, Luigi Dall'Igna, "Pilihan dibuat berdasarkan pada bakat yang tidak boleh dipertikaikan seperti Marc Márquez. Hanya dalam beberapa perlumbaan sahaja, dia telah berjaya menyesuaikan diri begitu sempurna dengan GP Desmosedici kami. Semangat dan cita-cita semula jadi yang ada pada diri Marc mendorongnya untuk terus berkembang. Di dalam kotak, kami akan mempunyai dua pelumba yang bersama-sama memegang gelaran Dunia, dan dapat mengharapkan pengalaman dan kematangan mereka akan menjadi sangat berharga untuk pertumbuhan pasukan kami .”
Ya...Pihak Ducati percayakan kemampuan MM93 untuk terus memburu impiannya bergelar juara lagi dan lagi. Adakah MM93 dapat membawa krew pasukannya (Gresini) bersama? Apa pun, Ducati kini memiliki dua jaguh dunia yang bersaing di dalam khemah yang sama.
Sudah pasti kedua-dua pelumba ini akan membuktikan siapa lebih layak...pastinya MM93 akan mencuba sebaik-baiknya untuk meraih gelaran Juara MotoGP untuk kali kesembilan. Peluang depan mata kan?
Namun begitu, pihak Ducati berjanji akan terus memberi sokongan kepada Jorge Martin hingga penghujung musim ini walaupun telah sah akan berpindah ke pasukan lain pada persaingan tahun 2025 nanti.
Semangat maju jaya buat kedua-dua pelumba! RR
Popular