Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2024

Qabil Dominasi Pusingan 2. Pelumba Luar Negara Makin 'Power'!

Saingan Pusingan 2 kejuaraan SIC Ohvale Junior Championship dan FIM MiniGP Malaysia Series musim 2024 berakhir di Litar Go Kart Sepang semalam dengan menyaksikan kebangkitan para pelumba antarabangsa dalam kelas 110cc dan 160cc. Namun begitu kelas perdana terus diungguli oleh pelumba sensasi negara, Qabil Irfan Azlan.

Qabil Irfan '4' mendominasi saingan akhir manakala Adam Danial kini di tempat keempat.
Qabil Irfan '4' mendominasi saingan akhir manakala Adam Danial kini di tempat keempat.


Adam Aiman kini di tempat ketiga keseluruhan dengan 61 mata.
Adam Aiman kini di tempat ketiga keseluruhan dengan 61 mata.

Seperti yang dilakukan pada Pusingan 1 di Litar Lumba Tangkak, Johor, Qabil Irfan memenangi kedua-dua perlumbaan di samping mencatat masa terpantas di sesi kelayakan; sekali gus mengutip 50 lagi mata kejuaraan untuk menduduki persada kejuaraan selepas dua pusingan dengan 100 mata.

Selepas memenangi Perlumbaan 1 dengan kelebihan 9.30 saat di hadapan juara bertahan Farish Hafiy, Qabil selaku juara kelas 160cc untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, tidak tercabar pada Perlumbaan 2. Qabil menamatkan saingan 12 lap itu dengan kelebihan 6.431 saat di hadapan Farish Hafiy dan 11.883 saat di hadapan Adam Aiman di tempat ketiga.

Saingan kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 160cc menyaksikan dominasi pelumba antarabangsa dengan penunggang Indonesia, Kenzie Akbar memenangi Perlumbaan 1 dan pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan mengungguli Perlumbaan 2. Selaku pelumba terpantas dalam sesi kelayakan, Kenzie menamatkan saingan 16 lap dalam Perlumbaan 1 dengan mencatat masa 15 minit 15.229 saat, 1.795 saat di hadapan Nguyen Viet Tuan manakala pelumba negara, Airel Marzuki di tempat ketiga.  

Perlumbaan 2 menyaksikan Kenzie bermula garang sebelum terjatuh pada selekoh keempat untuk memaksa perlumbaan diberhentikan dan dimulakan semula. Ini, sekali gus, membuka laluan kepada Nguyen untuk mencipta kemenangan dengan diikuti oleh Airel di tempat kedua dan Daniel Syazwan di tempat ketiga.

Dalam saingan SIC Ohvale Championship 110cc, pendahulu kejuaraan Al-Adam Mikail dicabar hebat pada pusingan ini oleh para pesaing antarabangsa – Cheung Yan Kit dari Hong Kong dan penunggang Vietnam, Nguyen Minh Tuan. 

Selepas Al-Adam memanfaatkan insiden perlanggaran antara Yan Kit dan Nguyen untuk mendapat kemenangan mudah pada Perlumbaan 1, Al-Adam terpaksa akur kepada ketangkasan Yan Kit dan Nyugen dalam saingan kedua, yang masing-masing memenangi berada di kedudukan podium yang lebih baik.. Selepas dua pusingan, Al-Adam kini mendahului kejuaraan dengan mengumpul 91 mata.

Pusingan 3 akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai di Litar MORAC Adventure Park, Langkawi, Kedah disusuli saingan Pusingan 4 yang akan diadakan di Litar Lumba UNIMAP, Arau, Perlis pada 3 dan 4 Ogos. Pusingan akhir akan kembali di Litar Go-kart Sepang pada 19 dan 20 Oktober. Tiga pelumba terbaik negara dalam kelas 190cc dan 2 pelumba terbaik negara dalam kelas 160cc akan dipilih untuk bersaing di FIM MiniGP World Finals, yang dijadualkan pada bulan November di Valencia, Sepanyol. RR

Popular

  • Model Baru

    Honda Eropah Lancarkan GL1800 Gold Wing & Gold Wing Tour

  • Warta Roda

    Remaja Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Sungai

  • Model Baru

    Triumph Perkenalkan Speed Triple 1200 RS Dengan Prestasi & Pengendalian Lebih Cemerlang

  • Warta Roda

    Penunggang Maki Polis Telah Ditahan

  • Dari Litar

    MotoGP Winter Test 2025: Prestasi Pasukan Honda HRC Repsol Positif

Artikel berkaitan

MotoGP Winter Test 2025: Prestasi Pasukan Honda HRC Repsol Positif

Yamaha Lancarkan 2 pasukan MotoGP, 1 pasukan Moto2 Di Malaysia

Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

Ducati Panigale V4 R Warna Biru Scott Reading Memang Cun!

Ujian Rasmi WSBK '25: Ducati Paling Depan

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

Majlis Perasmian Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya 2025 telah dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor dengan kerjasama Pengurusan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ Selangor), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan  Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB)

Model Baru

Honda CBR650R & CB650R 2025 Tampil Dengan Teknologi E-Clutch - Harga Asas Bermula RM47,999

Boon Siew Honda (BSH) teah merasmikan pelancaran dua model terbaru bagi segmen motosikal kelas pertengahan iaitu Honda CBR650R dan CB650R 2025.

Warta Roda

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

MODA Motorcycles Malaysia telah menganjurkan sesi tunggang uji ringkas bersama media di LakeSide@SIC Sepang.

Kembara

900 Kilometer Dengan Suzuki Hayabusa

Ini adalah pengakuan jujur... model panjang dan besar dari Suzuki iaitu Hayabusa memang antara motosikal idaman aku dari remaja lagi.