Afif Menang CP150 di Sepang
Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan ketiga musim ini kembali ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) menyaksikan Ahmad Afif Amran memenangi pelumbaan akhir CP150.
Dalam aksi Super-Pole di sebelah pagi, pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Akid mendapatkan petak pertama bagi perlumbaan akhir selepas mencatat masa terpantas 1'18:484s. Diikuti rakan sepasukannya Afif menempah petak kedua selepas catat masa 1'18:656s dan Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di petak ketiga 1'18:663s.
Perlumbaan akhir dimulakan dengan Akid dan Afif yang memecut untuk kedudukan hadapan. Pada awal perlumbaan, saingan semakin sengit apabila para pelumba lain saling memintas bagi merebut tempat pertama.
Di lap keenam, Afif mendapatkan kedudukan P1 tetapi dipintas oleh Emil Idzhar Ezuan. Beliau tetap tenang dengan mengekalkan kelajuan sebelum memberi tekanan kepada MD Fareez Abd Rahman dari Jetron Yamaha YYPANG Racing Team dan Kasma yang pada ketika ini memimpin perlumbaan.
Tiba sahaja di lap terakhir, Afif berjaya merapas kedudukan pertama dan terus meningkatkan kelajuan jentera Yamaha yang ditunggangnya untuk melepasi garisan penamat dengan catatan masa 14'35:397s.
"Walaupun kesihatan kurang baik pada hari ini, rezeki saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama selepas mengunakan strategi pada lap terakhir. Kemenangan ini juga adalah hasil kerja keras pasukan dari masa ke semasa," kata Afif.
Fareez pula menamatkan pelrumbaannya di tempat kedua dengan 14,35:465s diikuti tangga ketiga milik Kasma yang mencatatkan masa 14'3:620s. RR
Popular