Isle Of Man TT 2024: Michael Dunlop Paling Pantas di Sesi Kelayakan
Pelumba yang tidak asing lagi dalam perlumbaan motosikal paling berani....paling berbahaya Isle Of Man TT iaitu Michael Dunlop yang mewakili pasukan Hawk Racing Honda berada di tempat teratas sesi kelayakan dengan kelajuan 207km/j dalam kategori Superbike.
Michael yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade menyempurnakan sesi tersebut dengan catatan masa 17:28.140s manakala David Todd yang menunggang BMW M 1000RR K66 berada di tempat kedua dengan 17:28.254s pada kelajuan 207km/j diikuti Peter Hickman di tempat ketiga yang ketinggalan 7 saat di belakang.
Namun begitu, Peter Hickman meraih masa terpantas dalam kelas Superstock, lebih daru 1 saat di depan Michael Dunlop di tempat kedua manakala Dominic Herbertson yang juga menunggang BMW M1000RR K66 di tempat ketiga.
Dalam saingan Supersport, David Todd mengendalikan jentera Ducati Panigale V-Twin 955 dengan sempurna untuk mencatatkan masa terpantas (18:01.425s) dengan kelajuan 201km/j. Tempat kedua milik James Hillier yang menunggang Kawasaki ZX-6 manakala Michael Dunlop turut mempamerkan tunggangan mantap dengan jentera Triumph Street Triple 765RS untuk berada di tempat ketiga.
Para pelumba akan terus menjalani sesi kelayakan setiap hari sebelum beraksi dalam perlumbaan sebenar pada hari Sabtu ini (1 Jun 2024) untuk Race Day 1 diikuti Race Day 2 pada hari Ahad. Tiada perlumbaan pada Hari Isnin tetapi Race Day 3 hingga Race Day 6 akan diteruskan sehingga hari Sabtu, 8 Jun 2024 nanti. RR
Popular