Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Mei 2024

MotoGP 2024: Francesco Bagnaia, Jorge Martin & Marc Marquez Sekali Lagi Berkongsi Podium

Sekali lagi kita melihat tiga pelumba yang sama iaitu Francesco Bagnaia (Pecco), Jorge Martin dan Marc Marqiuez sekali lagi memanjat tangga podium, kali ini di Litar Catalunya. Terlebih dahulu, Pecco diberikan tentangan hebat oleh Pedro Acosta sebaik sahaja perlumbaan dimulakan. Pelumba rookie itu mengacah beberapa kali untuk memintas.

Namun begitu, ruang yang sedikit terbuka telah memberi peluang buat Martin memintas Pecco dan Pedro untuk merampas posisi di depan. Pecco mula tercicir di tempat ketiga tetapi masih mampu untuk mengekori dengan rapat. Tidak lama kemudian, Pedro terbabas dan terpaksa melupakan hasratnya untuk berada di podium. Adakah Jorge selesa? Walaupun Pedro sudah terkeluar, rentak Pecco semakin pantas untuk mula membayangi Jorge.

Di belakang, perebutan tempat ketiga yang melibatkan Aleix Espargaro, Brad Binder, Raul Fernandez dan Marc Marquez memang cukup sengit. Seperti pusingan sebelum ini, Marc yang sudah serasi dengan jentera mula memintas seorang demi seorang sebelum tiba di belakang Aleix.

Pecco akhirnya berjaya membuat serangan ketika saingan berbaki 6 lap sahaja lagi. Jorge yang pada mula cuba menyahut cabaran Pecco kelihatan mula ketinggalan sedikit demi sedikit sehinggalah ke akhir perlumbaan. Pastinya Pecco selaku juara berpuas hati apabila berjaya menebus kekalahannya kepada Jorge pada pusingan sebelum ini.

Sementara itu, Marc berjaya merapatkan diri dengan Aleix dan menunggu saat terbaik untuk menyerang. Kedua-dua rider berpengalaman itu mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga sehinggalah lap terakhir yang memberikan kemenangan buat Marc selepas berjaya memintas pelumba Aprilia itu.

Fabio Quartararo berjaya mengatasi beberapa pelumba di depannnya untuk berada di antara 10 pelumba terbaik manakala Takaaki Nakagami dan Joan Mir menghadiah mata-mata berharga buat pasukan Honda. RR

Popular

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

  • Warta Roda

    Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

  • Warta Roda

    SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

  • Warta Roda

    Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Artikel berkaitan

Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

Ducati Panigale V4 R Warna Biru Scott Reading Memang Cun!

Ujian Rasmi WSBK '25: Ducati Paling Depan

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

VOGE Bekerjasama Dengan AS25 Racing Team Untuk Bersaing Dalam CubPrix & ARRC

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan 2 tawaran hebat menarik buat para pelanggan Yamaha menerusi aplikasi GENBLU Rewards App (GBR App) bermula dari 6hb Januari hingga 31 Mac 2025 ini.

Model Baru

Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan model terbaru iaitu Modenas Kris 125 Fi.

Dari Litar

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Setakat ini, Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha hampir pasti akan melancarkan pasukan mereka di Malaysia bersempena bermulanya musim baru, 2025.

Warta Roda

Aksesori Motosikal Bernilai Lebih RM400,000 Dilupuskan di Kedah

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melupuskan 1,235 barangan kes bernilai lebih RM400,000 membabitkan pelbagai aksesori motosikal yang dirampas sepanjang tahun ini.