Red Bull MotoGP Rookies Cup (Pusingan 2): Podium Kedua Buat Hakim Danish!

Litar Le Mans: Tahniah Danish atas kejayaan menaiki tangga ketiga dalam Perlumbaan 2, Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024. Selepas menamatkan saingan pertama di tempat kelima, pelumba negara Hakim Danish bertekad untuk memperbaiki tunggangannya. Masalah hantaran kuasa ketika keluar dari selekoh mengganggu prestasi Danish dalam Perlumbaan 1 untuk mengejar dan memberi saingan dalam kelompok hadapan.

Permulaan yang baik dan tenaga pecutan yang lancar daripada Danish memudahkannya untuk berada bersama kelompok hadapan. Beberapa kali juga Danish berjaya memimpin perlumbaan tetapi seperti biasa, saingan kelas ini dibarisi oleh para pelumba yang sama kuat, sama handal.
Agak sukar untuk memilih siapa pemenangnya kerana kedudukan di antara mereka sangat rapat. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan seseorang pelumba itu tercicir jauh dan hilang mata yang cukup penting.
Menjelang lap terakhir, ketika Danish cuba untuk mencari kemenangan, dia telah diberi tentangan hebat serta dipintas oleh dua orang pelumba. Danish mengemaskan tunggangan untuk tidak terkebelakang dan dapat memintas seorang pelumba sahaja untuk menempatkan dirinya di podium. Tahniah Hakim Danish!
"Dalam saingan pertama, saya struggle untuk mengikut kelompok hadapan kerana ada sedikit kekurangan di 'exit corner saya'. Ini menyebabkan saya mula ketinggalan. Selekoh demi selekoh, saya banyak kehilangan masa di selekoh. Tapi saya cuba untuk improve exit corner saya tetapi apabila dipintas oleh pelumba lain, saya sukar untuk mengejar kembali kelompok itu," komen Danish. RR