Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 April 2024

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Pemenang GP Sepanyol sudah ditabalkan. Tidak lain, tidak bukan...ia milik juara bertahan Francesco Bagnaia (Pecco) yang memiliki rentak dan tunggangan cukup unggul. Namun begitu, saingan kali ini lebih 'syiok' apabila Pecco diberi tentangan sengit oleh Marc Marquez yang dilihat sudah semakin memahami karaktor jenteranya.

Marc Marquezx '93' memiliki rentak mantap kali ini untuk menentang Pecco.
Marc Marquezx '93' memiliki rentak mantap kali ini untuk menentang Pecco.

Drama kelas prima ini bermula sejak dari awal lagi. Di hadapan 181,289 orang penonton, Marc sebagai 'pelumba tuan rumah' melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan. Mengekori rapat di belakang ialah Jorge Martin, Marco Bezzecchi dan Pecco.

Memang padat dengan penonton.
Memang padat dengan penonton.

Tidak lama kemudian, Pecco merampas kedudukan diikuti Jorge yang berjaya mengenepikan Marc ke tempat ketiga. Kepantasan ketiga-tiga pelumba ini sememangnya cukup mengagumkan. Pecco melakukan kesilapan lalu membuka peluang buat Jorge untuk mencelah ke posisi utama.....dia makin laju dan makin yakin untuk menempa kejayaan.

Juara GP Sepanyol, Francesco Bagnaia.
Juara GP Sepanyol, Francesco Bagnaia.

Dalam pada masa yang sama, berlakunya beberapa insiden yang mengakibatkan para pelumba 'popular' bersara lebih awal. Antaranya pelanggaran di antara Aleix Espargaro/Johann Zarco dan Franco Morbidelli/Jack Miller. Dani Pedrosa, juga gagal menyempurnakan perlumbaan seperti yang diingini.

Fabio Quartararo '20' menahan setiap serangan daripada Dani Pedrosa dan Johann Zarco.
Fabio Quartararo '20' menahan setiap serangan daripada Dani Pedrosa dan Johann Zarco.
Jack Miller.
Jack Miller.
Luca Marini '10'.
Luca Marini '10'.

Ketika berusaha untuk mengekalkan kedudukan, Jorge terbabas keluar litar (nampak jelas dia kecewa) dan kedudukannya segera di rampai oleh Pecco, Marc di tempat kedua dan Marco ketiga.

Marco Bezzechi sangat berpuas dengan keputusan yag dicapainya.
Marco Bezzechi sangat berpuas dengan keputusan yag dicapainya.
The Doctor 'tengah' gembira dengan prestasi anak-anak buahnya.
The Doctor 'tengah' gembira dengan prestasi anak-anak buahnya.

Litar Jerez bergema dengan sorakan penonton apabila 'hero' mereka berjaya mencatatkan masa terpantas dan merampas kedudukan di depan. Pecco segera mengejar dan cuba untuk merampas kedudukan dengan cepat. Tidak lama kemudian, usahanya itu berhasil. Pertarungan di antara dua pelumba ini memang padu! Dah lama para penonton tidak disajikan aksi sebegini.

Beberapa lap sebelum tamat memperlihatkan rentak Marc tidak lagi 'seganas' tadi sebaliknya mengekalkan kedudukan di tempat kedua hingga tamat. Tempat ketiga menjadi milik Bezzecchi, podium pertamanya sejak GP India tahun lepas.

Fabio Quartararo melintasi garisan penamat di tempat ketujuh, juara GP COTA minggu lalu Maverick Vinales tempat ke-9 manakala rookie 'superstar', Pedro Acosta di tempat ke-10. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.