Pusingan Pembuka Tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim Danish Sudah Bersedia

Pelumba muda negara, Hakim Danish sudah bersiap sedia untuk memberi cabaran dalam pusingan pembuka tirai Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez. Di sini merupakan tempat buat pelumba-pelumba muda menunjukkan bakat mereka dan mengejar impian untuk ke MotoGP.
Selepas berlumba di Misano dalam Kejuaraan Dunia FIM Junior GP pada minggu lalu, Hakim Danish akan menyasarkan kedudukan di kelompok hadapan di Jerez nanti.
Ini merupakan tahun kedua dia dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup. Terdapat tujuh pusingan yang dipertandingkan dan ia merupakan sebahagian daripada acara MotoGP.
Di bawah merupakan jadual Piala Rookies MotoGP Red Bull 2024:
- Pusingan 1 | 27 - 28 April | Jerez
- Pusingan 2 | 11 -12 Mei | Le Mans
- Pusingan 3 | 1 - 2 Jun | Mugello
- Pusingan 4 | 29 - 30 Jun | Assen
- Pusingan 5 | 17 - 18 Ogos | Spielberg
- Pusingan 6 | 31 Ogos - 1 September | Aragon
- Pusingan 7 | 7 - 8 September | Misano
"Harapan saya dalam pusingan di Jerez nanti adalah bersaing bersama kelompok hadapan dan cuba untuk mendapatkan podium. Saya tahu ini merupakan kejohanan yang kompetitif dan ramai pelumba yang laju. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menamatkan perlumbaan dengan baik. Doakan saya buat yang terbaik minggu ini," kata Hakim Danish. RR