Peminat MotoGP di Itali Anggap Pedro Acosta sebagai Valentino terbaru!
Walaupun datangnya dari Sepanyol, pelumba muda ini telah mendapat pujiam tinggi dari tanah air Valentino Rossi mengenai kehebatan dan masa depannya. Perbualan di Itali mengenai Pedro Acosta semakin rancak selepas kejayaan pelumba tersebut meraih podium di GP Portugal baru-baru ini dan mula membandingkannya dengan Valentino Rossi.
Dalam saingan akhir GP Portugal itu, Acosta memintas Jack Miller, Brad Binder, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia untuk membuktikan kemantapan bakatnya. "Dia telah ditakdirkan seperti Valentino Rossi dan Marc Marquez," kata pengurus paddock veteran Carlo Pernat kepada wartawan MOW Magazine. Aksi 'magik' dilakukan Acosta kali ini ia adalah di antara litar yang belum pernah dia ditunggangi".
“Jika berada di Malaysia atau Qatar, seseorang penunggang itu akan meluangkan masa berhari-hari untuk berlatih, maka itu satu perkara yang biasa buat pelumba MotoGP. Tetapi apabila Acosta melakukan semua ini dalam masa yang singkat dan di litar yang tidak pernah anda rasa maka ia adalah suatu yang menakjubkan. Acosta merupakan pelumba paling muda ketiga yang memenangi podium di GP Portugal."
“Tetapi kawan-kawan... apa yang dipertontonkan memang cukup indah cuma dia banyak mengambil risiko, Acosta perlu bertenang sedikit. Tapi hakikatnya, memang akan ada pelumba jenis sebegini dalam kejuaraan motosikal dan kita hanya perlu memberinya 'tanda hormat'!" Kata Guido Media, pengulas lagenda Itali yang menjadi kawan rapat Valentino Rossi.
"Dia adalah salah satu bakat yang tidak muncul begitu kerap, seperti Rossi, Biaggi, Stoner, Lorenzo. Sebaik sahaja dia menimba lebih banyak pengalaman, dia akan menjadi lebih kuat," komen Max Biaggi, Lagenda MotoGP dan seteru Rossi.
“Acosta mula mengejutkan semua pihak sejak tahun pertamanya dalam Moto3 di mana dia terus merangkul takhta Juara Keseluruhan. Dalam Moto2, dia mengambil masa setahun lebih untuk bergelar Juara dan kali ini dalam kelas prima, Acosta kembali membuat kejuatan walaupun baru masuk pusingan kedua.
"Kita cukup suka dan seronok melihatnya mengendalikan motosikal yang bukan dari jenama Ducati atau Jepun, mahupun Aprilia tetapi KTM. Acosta yang luar biasa, masih 19 tahun, juga telah membawa senyuman kepada peminat MotoGP dengan personalitinya yang lancang dan yakin. Ia telah mengembalikan ingatan tentang Rossi yang muda dan 'kurang ajar'.
Seperti Rossi, cara Acosta bercerita pun berbeza jauh caranya. Lihat saja cara dia memberi komen apabila memintas Marquez. "Ia seperti kehilangan dara".
Dan kekurangan Acosta sepenuhnya terhadap pengalaman dan reputasi sebagai pesaing baharunya adalah serupa dengan detik awal Rossi. Untuk seorang pelumba Sepanyol mendapat pujian dan perbandingan seperti itu dari warga Itali membuktikan dia pasti melakukan sesuatu yang betul…
Acosta juga telah dibandingkan sebagai Marc Marquez muda, dan pastinya rookie yang paling digembar-gemburkan dalam kelas perdana sejak Juara MotoGP 8 kali mencipta nama. RR
Anda semua bagaimana???
sumber: https://www.crash.net