Jorge Martin Menang di GP Portugal.. Pedro Acosta Cipta Sejarah...
Pelumba pasukan Prima Pramac Racing, Jorge Martin menawan perlumbaan sehingga tamat dengan mencipta kemenangan pertamannya pada musim ini di GP Portugal sekaligus menempatkan dia di tangga teratas secara keseluruhan. Manakala Enea Bastianini (Pasukan Lenovo Ducati) menamatkan pelrumbaannya di tangga kedua dan Pedro Acosta (Red Bull GASGAS Tech 3) mencipta sejarah sebagai pemenang podium termuda dalam sejarah kelas prima.
Pada hari perlumbaan, Francesco Bagnaia yang cemerlang dalam sesi ujian masa bermula di petak pertama dicabar oleh juara perlumbaan Sprint Test, Maverick Vinales dan tempat ketiga Sprint Test, Jorge Martin. Oleh itu, permulaan yang cukup baik dari pelumba Pramac Racing itu menempatkan dia sebagai pemimpin perlumbaan diikuti di belakangnya pelumba daripada pasukan Aprilia Racing. Manakala Pecco jatuh di tangga keempat.
Martin kemudian cuba untuk memecut tetapi Vinales bertindak pantas mengekori rapat. Bastianini yang ketika ini berada tempat ketiga di hadapan Pecco dan Marc Marquez turut cuba mengejar. Alex Marquez terbabas pada lap kedua.
Pada lap keenam, Pedro Acosta yang mencatatkan masa lap terpantas berjaya memintas Marc Marquez untuk berada di kedudukan kelima. Pelumba muda itu mula menyerang Bagnaia yang berada di hadapanya.
Berbaki lagi 14 lap, Martin masih lagi mendahulu. Acosta berjaya memintas Pecco pada lap ke dua belas. Namun dia hilang keseimbangan dan kedudukan tempat keempat dirampas kembali oleh Pecco.
Perlumbaan semakin sengit di antara tiga pelumba berbakat Pecco, Marquez dan Acosta dalam perebutan tempat keempat. Acosta berjaya memintas Pecco dari dalam pada lap ke 21.
Walaubagaimanapun, pertarungan di antara Pecco dan Marquez berakhir apabila kedua-dua pelumba itu terbabas selepas berlanggar di selekoh kelima dengan berbaki tiga pusingan lagi.
Pada akhir pelumbaan Vinales gagal mempertahankan kedudukan kedua selepas jentera yang ditunggangnya seperti kehilangan kuasa dan dipintas oleh Bastianini dengan mudah sebelum dia terjatuh. Hal itu memberikan peluang buat Acosta untuk menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.
Jorge Martin mengakhiri perlumbaan di tempat pertama dengan catatan 41:18.138 saat diikuti Enea Bastianini di kedudukan kedua dengan jarak masa 0.882s.
Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) melepasi garisan penamat di tempat keempat diikuti Jack Miller di tangga kelima. Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo menamatkan cabaranya di kedudukan ketujuh dan Joan Mir dari pasukan Repsol Honda Team di tempat ke-12. RR