Isle of Man TT Races 2024: Davey Todd kini bersama Ducati
Davey Todd akan memberi saingan dalam dua perlumbaan Monster Energy Supersport dengan menunggang Ducati Panigale V2 bersama pasukan Powertoolmate di Isle of Man TT Races 2024.
Setelah mendominasi dalam British Supersport Championships dan World Supersport Championships, jentera Panigale V2 nampaknya merupakan jentera pilihan yang tepat untuk saingan tahun ini.
Selepas berdekad-dekad mencabar jentera lain, jenama terkenal itu hanya meraih 8 kemenangan TT dalam sejarah mereka, dengan kemenangan terbaharu untuk rangkaian enjin V-kembar adalah pada tahun 1985 menerusi Tony Rutter. Namun begitu, Todd, yang akan menikmati sokongan daripada TAS Racing dan Ketua Krew iaitu Stewart Johnstone yang sangat berpengalaman, sudah pasti aksi Davey Todd sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat perlumbaan lagenda ini.
Sememangnya, prestasi Todd cukup baik dengan kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam Perlumbaan Supersport terbaru, mencatatkan kelajuan terbaiknya iaitu 128.699bsj atau 207.1kmj pada 2023 yang meletakkannya sebagai pelumba keempat terpantas dalam kategori itu selepas Michael Dunlop, Peter Hickman dan Dean Harrison.
Davey Todd: "Ia adalah jentera yang cantik, dan pastinya tiada mesin Supersport yang kelihatan lebih baik dari Ducati ini di grid! Rupa itu penting tetapi kemampuan enjin V2 tidak boleh dipertikaikan, memenangi hampir semua kejuaraan pada tahun 2023. Dengan sokongan daripada TAS [Perlumbaan] dan Stewart [Johnstone] mengetuai pasukan, saya sangat teruja untuk beraksi denganya." RR