ARRC AP250: Damok Cemerlang di Buriram
Dalam perlumbaan 1 pusingan pembukaan IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship, Muhammad Syarifuddin Azman atau “Damok” telah menamatkan perlumbaan di tempat keempat untuk kelas AP250. Namun, beliau menunjukkan kesungguhannya untuk menghadiahkan podium buat pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team pada perlumbaan 2.
Perlumbaan akhir dimulakan dengan juara perlumbaan 1 iaitu Muhammad Faerozi Toreqottullah dari YAMAHA Racing Indonesia yang bermula dengan baik untuk memimpin perlumbaan diikuti dengan Cao Viet Nam dari Pasukan Honda Racing Vietnam dan Herjun mengekori rapat.
Walaubagaimanapun Faerozi gagal mempertahankan kedudukan pada pusingan kedua selepas dipintas oleh Cao Viet Nam. Manakala Herjun tetap tidak berputus asa untuk mengejar.
Tidak lama kemudian, Herjun Atna Firdaus terus melangkah ke kedudukan P1 dalam pusingan ketiga. Namun, Cao Viet Nam merampas kembali kedudukan pertama pada pusingan berikutnya. Pertempuran kelompok hadapan semakin sengit di setiap pusingan apabila kedudukan pelumba setiasa berubah dengan cepat.
Herjun memulakan langkah berani untuk merampas kedudukan pendahulu daripada Aiki Iyoshi dari Motul Sniper Manual Tech dan Arai Agaska Dibani Laksana dari YAMAHA Racing Indonesia. Sampai sahaja di selekoh akhir, Viet Nam terbabas selepas jenteranya dilanggar oleh Herjun yang pada ketika itu hilang keseimbangan serta merta dan merupakan peluang buatnya untuk meraih kemenangan dengan catatan masa 18'54:072s.
Di tempat kedua ialah Aiki Iyoshi dari Motul Sniper Manual Tech yang mencatat masa 18'54:246s. Manakala pelumba negara, Muhammad Syarifuddin Azman meraih kemenangan di tangga ketiga pada 18'54:654s. RR