ARRC SS600: Pasukan YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia Raih Kemenangan 1 & 3
Saingan Supersports 600cc dalam Perlumbaan 2 Pusingan 1 IDEMITSU FIM Asia Road Racing Championship menyaksikan duo pelumba pasukan YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia bersaing dengan cukup cemerlang apabila mendapatkan podium buat pasukannya. Apiwath Wongthananon sekali lagi meraih kemenangan kedua selepas melepasi garisan penamat dengan cukup bergaya. Rakan sepasukannya pula, Mckinley Kyle tampil di tangga ketiga.
Sebaik sahaja saingan bermula, Apiwath Wongthananon terus meluru ke hadapan untuk memimpin perlumbaan. Di belakangnya, Helmi Azman dan Azroy Hakeem dari IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team bersaing untuk kedudukan tiga teratas.
Pada pusingan keempat, perlumbaan terpaksa dihentikan apabila Azroy dan Helmi mengalami kemalangan yang pada ketika Apiwath Wongthananon masih mendahulu.
Selepas perlumbaan terhenti buat seketika, saingan disambung semula dengan berbaki lagi lima pusingan. Dalam tempoh yang singkat, kita dapat menyaksikan pertempuran yang sengit antara penunggang Yamaha dan Honda. Apiwath Wongthananon yang mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu diberi tekanan hebat oleh pelumba ASTRA HONDA RACING TEAM, Mohammad Adenanta Putra yang cuba memintasnya. Mereka saling memintas untuk merebut gelaran juara.
Saingan kemudian tertumpu dalam perebutan tempat ketiga di antara Veda Ega Pratama (ASTRA HONDA Racing Team) dan Mckinley Kyle Paz. Selepas Vega cuba mempertahankan kedudukannya, Penunggang Yamaha itu tetap tidak berputus asa untuk berikan tentangan dan akhirnya berjaya meramoas kedudukan ketiga.
Apiwath Wongthananon berjaya melepasi garisan penamat sebgai juara dengan catatan masa 8’21:918s diikuti Mohammad Adenanta Putra di tempat kedua dengan 8’22:053s.
ASB1000
Dalam perlumbaan akhir, Soichiro Minamimoto (YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia) menamatkan perlumbaannya di kedudukan ketujuh dengan catatan masa 21’00:198s. Manakala Kasma Daniel Kasmayudin (YAMAHA TEKHNE Racing Team Asia) berada di tempat kesepuluh dengan mencatatkan masa keseluruhan 21’10:974s.
Tahniah buat pelumba JDT Racing, Hafizh Syahrin Abdullah bangkit semula dalam perlumbaan 2 untuk mendapatkan podium kedua. Dua pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing with Astemo iaitu Andi Farid Izdihar dan Nakarin Atiratphuvapat masing-masing di tempat pertama dan ketiga. RR