Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports Sasar Kedudukan Terbaik
Bersempena dengan pembukaan musim baru saingan Petronas Cub Prix 2024, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sports yang bakal memberi saingan dalam beberapa kategori yang dijalankan nanti. Kolaborasi di antara HLYM dan Tekhne ini menyasarkan prestasi dan keputusan cemerlang di setiap pusingan.
Pasukan Yamaha Tekhne AHM Motor Sport diketuai oleh En. Kenny Chua selaku Pengurus Pasukan manakala En. William Chua merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang memiliki pandangan dan strategi cukup bernas. Mereka akan bersaing dalam Kelas CP150 dan CP125 dengan mempertaruhkan lima buah jentera cukup padu.
Saingan CP150, diwakiliki oleh Iqbal Amri Malik, Faiz Zekri dan Syukran Aizat, manakala Afizad Supaat dan Iqram Danish akan bersaing dalam saingan CP125. Kejuaraan Petronas Cub Prix 2024 dijadualkan memulakan pertarungan pada 2 dan 3 Mac ini bertempat di Litar Jasin Bestari, Melaka. RR