Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Februari 2024

Hakim Danish dan SIC Racing Ke JuniorGP

Madrid, Sepanyol, 12 Februari 2024 – Pasukan MTHelmets-MSi secara rasminya dilancarkan untuk memulakan saingan Kejuaraan JuniorGP musim 2024. Majlis pelancaran dan pengenalan liveri terbaru ini diadakan di Madrid, Sepanyol.

Zulfahmi Khairuddin 'kiri' & Hakim Danish di majlis pelancaran pasukan SIC Racing-MSi.
Zulfahmi Khairuddin 'kiri' & Hakim Danish di majlis pelancaran pasukan SIC Racing-MSi.

Ivan Ortola dan Ryusei Yamanaka akan bersaing di kategori Moto3, Ai Ogura dan Sergio Garcia di Moto2, Miquel Pons dan Oscar Gutierrez di MotoE dan Hakim Danish, di Kejuaraan JuniorGP seterusnya melengkapi barisan pelumba pasukan MTHelmets-MSi. Pasukan Hakim Danish di JuniorGP akan dinamakan sebagai SIC Racing-MSi.

Hakim Danish bersaing secara sepenuh musim dalam kategori European Talent Cup (ETC) selama dua tahun dan pada 2024 ini, pelumba muda negara itu akan memulakan cabaran baru dalam kategori JuniorGP – selaku pelumba tunggal untuk pasukan SIC Racing-MSi.


Struktur pasukan di FIM JuniorGP tahun ini juga berbeza dengan musim lepas. Zulfahmi Khairuddin selaku Pengurus Pasukan SIC Racing-MSi, akan dibantu oleh seorang krew daripada Eropah, dan tiga orang krew lagi dari Malaysia.


Kejuaraan FIM JuniorGP akan bermula pada 21 April 2024 di Emilia-Romagna, Itali sebagai perlumbaan pembuka tirai. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Dari Litar

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.