Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 8 Februari 2024

Dari MotoGP ke Formula 1 ... Kini Davide Brivio kembali ke MotoGP!

Pasukan Trackhouse Racing MotoGP dengan bangganya melantik Davide Brivio, salah seorang Pengurus Pasukan yang disegani dalam dunia motorsports untuk memegang jawatan sebagai 'Team Prinsipal' bagi pasukan mereka.

Davide Brivio 'kiri' bersama Pengasas Trackhouse, Justin Marks.
Davide Brivio 'kiri' bersama Pengasas Trackhouse, Justin Marks.

Antara pasukan yang berjaya meraih juara di bawah pengendaliannya ialah Suzuki Ecstar yang berjaya meraih Juara Keseluruhan MotoGP 2020 menerusi Joan Mir. Selepas pihak Suzuki membuat keputusan untuk tidak lagi bersama Suzuki, Davide ditawarkan menjadi Pengarah Perlumbaan untuk pasukan Alpine F1 diikuti menjadi Pengarah Projek Perkembangan Pelumba sehingga tahun lepas.

Trackhouse Racing memerlukan kepimpinannya ke dalam pasukan yang sentiasa bersemangat untuk meneruskan usaha tanpa henti demi bagi mencapai keputusan yang kompetitif di sepanjang musim.

Miguel Oliveira.
Miguel Oliveira.
Raul Fernandez.
Raul Fernandez.

"Saya cukup teruja menjadi sebahagian daripada projek ini dan ingin mengenali Trackhouse dengan lebih rapat. Kita ingin bawakan 'MotoGP' dengan visi dan pengalaman cukup jelas kepada syarikat yang asalnya mempunyai dasar yang berbeza. Saya berharap Miguel dan Raul dapat memberikan respon yang baik untuk kami berikan sokongan sebaik-baiknya," komen Brivio. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.