Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 5 Februari 2024

Pasukan Monster Energy Yamaha Ingin Kembali Ke Puncak

Pembukaan saingan MotoGP musim 2024 semakin hampir dan bermula 1hb Februari lalu, beberapa pasukan sudah tiba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menyempurnakan sesi ujian yang cukup penting bagi mendapatkan talaan terbaik buat jentera dan pelumba. Pasukan Monster Energy Yamaha juga tidak terkecuali.

Tahun ini, pasukan Yamaha meneruskan pencarian semula takhta juara menerusi Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo dan rakan sepasukannya yang terkini iaitu Alex Rins. Melihat kepada carta catatan masa yang dilakukan oleh kedua-dua pelumba ini, pasukan Yamaha masih berkedudukan di antara 10 yang terbaik.

Fabio Quartararo 'kiri' & Dato' Jim Khor.
Fabio Quartararo 'kiri' & Dato' Jim Khor.

Alex Rins 'kiri' & Fabio Quatararo.
Alex Rins 'kiri' & Fabio Quatararo.

Kedatangan pasukan Monster Energy Yamaha di Malaysia turut diberi sambutan meriah oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan mengadakan sesi bertemu peminat dan berkonvoi bersama-sama dari Ibu Pejabat HLYM ke Royal Selangor Pewter.

Yamaha Y16ZR Edisi Monster Energy Yamaha MotoGP 'Alex Rins'.
Yamaha Y16ZR Edisi Monster Energy Yamaha MotoGP 'Alex Rins'.

Hadir menyempurnakan acara ialah Fabio Quartararo, Alex Rins dan Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis. Dua buah jentera Y16ZR Edisi Monster Energy Yamaha MotoGP turut ditampilkan masing-masing lengkap dengan nombor lumba Fabio (20) dan Alex (42).

Pasangan Y16ZR ini kemudiannya digunakan oleh Fabio dan Alex untuk berkonvoi bersama-sama para peminat yang hadir. Menurut pihak HLYM, kedua-dua unit istimewa ini tidak dijual sebaliknya hanya digunakan untuk kegunaan paddock ketika sesi Winter Test 2024 di SIC.

Fabio Quartararo '20' bersama jentera 'Y16ZRnya'.
Fabio Quartararo '20' bersama jentera 'Y16ZRnya'.

Berkata di majlis tersebut, Lin Jarvis menyatakan pasukan mereka sedang berusaha gigih untuk mempertingkatkan keupayaan jentera yang bakal ditunggangi kedua-dua pelumba pada musim ini. Walaupun agak sukar untuk mencabar keupayaan jentera pihak lawan, pasukan Yamaha sentiasa positif untuk kembalikan kecemerlangan seperti musim-musim sebelum ini. Beliau akui ia sukar tetapi segalanya tidak mustahil.

Para peserta konvoi tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Alex Rins '42'.
Para peserta konvoi tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama Alex Rins '42'.

Pelumba bernombor '20', Fabio terus positif untuk mendapatkan kedudukan terbaik di setiap perlumbaan dan teruskan usaha untuk mengembalikan juara mutlak ke Yamaha. Alex Rins sebagai pelumba baru bersama pasukan 'rumah biru' ini sudah tentu akan menggunakan segala pengalamannya untuk dapatkan posisi terbaik. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.