Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 31 Januari 2024

MotoGP 2024: Penganjuran GP Argentina Diragui Atas Faktor Kewangan

Penganjuran Grand Prix MotoGP Argentina 2024 kini diragui berikutan masalah isu kewangan, terutamanya kekurangan dana awam. Tahun 2014 menyaksikan Grand Prix Argentina kembali ke kalendar MotoGP buat kali pertama sejak 1999, dan Termas de Rio Hondo telah menjadi tuan rumah untuk setiap perlumbaan sejak dari saat itu.

Para pemenang GP Argentina 2023. Dari kiri Johann Zarco, Marco Bezzecchi & Alex Marquez.
Para pemenang GP Argentina 2023. Dari kiri Johann Zarco, Marco Bezzecchi & Alex Marquez.

Namun begitu, pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021 memaksa litar ini 'ditutup, walaupun untuk perlumbaan utama. Pada tahun 2021, litar ini telah mengalami kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian besar bangunan paddock termasuk Bilik Media, Bilik Kawalan Perlumbaan dan Bilik VIP.

Kebimbangan yang melanda peminat MotoGP khususnya tentulah mengenai penerusan perlumbaan pada kalendar MotoGP. Motorsport.com melaporkan bahawa 'beberapa pasukan' MotoGP sudah mula menjangkakan perlumbaan itu akan dibatalkan. Kedudukannya dalam kalendar untuk pusingan ketiga kejuaraan 2024 tidak mungkin berhasil.

Kenangan terindah buat seluruh peminat motosikal Malaysia apabila Khairul Idham Pawi menjuarai saingan Moto3 di GP Argentina pada tahun 2016 yang lalu.
Kenangan terindah buat seluruh peminat motosikal Malaysia apabila Khairul Idham Pawi menjuarai saingan Moto3 di GP Argentina pada tahun 2016 yang lalu.

Walaupun litar Hungarian Balaton Park, Hungary berada dalam kalendar sebagai 'Litar Gantian', tarikh untuk penganjuran GP Argentina pada 5-7 April ternyata sangat masa terhad untuk pelarasan logistik dan penyempurnaan setiap pasukan untuk jurang yang sangat dekat di antara Grand Prix Portugal pada 22-24 Mac dan Grand Prix Amerika pada 12-14 April.

Laman web: Motorsport.com juga melaporkan bahawa beberapa pasukan turut menjangkakan Grand Prix Kazakhstan - yang berada dalam kalendar sementara pada tahun 2023 (dibatalkan), dan kemudian dimasukkan semula pada kalendar 2024 juga akan dibatalkan. Apabila digabungkan dengan pembatalan GP Argentina (dijangkakan), ia akan mengurangkan jumlah penganjuran dalam kalendar musim ini daripada 22 kepada 20 destinasi sahaja.

Sebab utama timbulnya keraguan untuk GP Argentina ini berdasarkan dasar ekonomi presiden baru mereka, Javier Milei (mula berkhidmat 10 Disember 2023) yang mengurangkan bilangan kementerian kerajaan daripada 18 kepada hanya 9 selepas melakukan pembaharuan ekonomi utama kepada negara.

Saingan MotoGP di Litar Argentina tahun 2022.
Saingan MotoGP di Litar Argentina tahun 2022.

Langkah tersebut dilakukan kerana tahap ekonomi telah mengalami penurunan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk nilai peso Argentina yang jatuh dengan ketara serta kadar inflasi meningkat (pada masa ini 211%). Hutang negara semasa Argentina dianggarkan melebihi $400 bilion.

Jika kita melayari laman rasmi pembelian tiket: https://tickets.motogp.com, penjualan tiket telah ditutup buat sementara waktu. RR

sumber: https://www.visordown.com/

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.