MotoGP: Pasukan Gresini Racing 2024 Dilancarkan!
Gresini Racing telah menjadi pasukan MotoGP pertama yang melancarkan skuad dan rekacorak liveri 2024 mereka yang berwarna merah & biru menjelang musim baru ini. Sudah pasti kemunculan pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat mereka.
Marc menyertai adiknya, Alex Marquez, dalam skuad satelit Ducati untuk musim ini. Alex yang memakai nombor #73 membuat penampilan sulung bersama Gresini pada saingan tahun lalu dan telah membuktikan keupayaan pasukan mereka untuk berdaya saing.
A. Marquez memiliki rentak cukup mantap khususnya ketika saingan litar basah dan dibuktikan untuk bermula di petak pertama MotoGP di GP Argentina dan kedudukan podium dalam perlumbaan itu juga. Kemudian, di Silverstone, Alex memenangi perlumbaan MotoGP pertamanya menerusi saingan Sprint Test.
Di Malaysia, Alex sekali lagi memberikan tunggangan cemerlang untuk menang di Saingan Sprint Test GP dan meraih gelaran naib juara.
Seperti adiknya, Marc Marquez menyertai pasukan Gresini dari Honda, pasukan yang sebelum ini sinonim dengan namanya. Marc Marquez #93 berjaya mencipta sejarah dengan memenangi enam gelaran dunia kelas prima.
Atas beberapa sebab utama yang khususnya dari segi prestasi jentera yang tidak berdaya saing untuk beberapa musim menyebabkan Marquez beralih arah demi mencari kemenangan seperti yang dinikmatinya sebelum ini.
Pasukan Gresini pula kini bakal memasuki musim ketiganya di MotoGP sejak berpisah dari Aprilia. Gresini pernah mengendalikan pasukan perlumbaan kilang jenama dari Itali itu di antara tahun 2015 dan 2021.
Sejak berpindah ke jenama lain, Gresini telah memenangi lima Grand Prix - empat dengan Enea Bastianini pada 2022 dan satu dengan Fabio Di Giannantonio pada 2023 - dan dua saingan Sprint Test - kedua-duanya bersama Alex Marquez tahun lepas.
Sudah tentu, pada musim baru ini, mereka bakal menjadi pencabar utama untuk gelaran Juara Keseluruhan MotoGP 2024. RR