Aprilia Tuareg 660 Juara Africa Eco Race
Motosikal Aprilia Tuareg 660 telah menjadi juara rali Africa Eco Race 2024.
Africa Eco Race merupakan rali tahunan yang berlangsung di utara benua Afrika. Ia sebenarnya dimulakan apabila Rali Paris-Dakar telah ditamatkan di benua Afrika pada 2018. Rali Dakar kemudiannya berpindah ke benua Amerika Selatan sebelum berpindah lagi ke Timur Tengah. Oleh itu, rali Africa Eco Race menggunakan laluan merangkumi 6500km (dibahagikan kepada 11 bahagian) yang diambil oleh Rali Paris-Dakar dari Maghribi (Morocco), melalui Mauritania dan tamat di Senegal. Pengelola perlumbaan ini berkata ia mengikuti jejak penaung Rali Paris-Dakar, Thierry Sabine.
Pada masa yang sama, rali Africa Eco race mempunyai beberapa kelas untuk motosikal seperti sampai had 450cc, lebih daripada 450cc, Open, 650cc ke 1000cc berenjin silinder berganda, dan 1000cc ke atas dengan silinder berganda. Sebaliknya, kategori motosikal di dalam rali Dakar menghadkan kapasiti enjin kepada 450cc sahaja.
Berbalik kepada prelumbaan tahun ini, Aprilia mengambil bahagian dengan dua buah Tuareg 660 yang ditunggang oleh Jacopo Cerutti dan Francesco Montanari. Beberapa peningkatan dilakukan kepada motosikal mereka, termasuklah suspensi Öhlins, ekzos titanium SC-Project, dan penapis udara Sprint Filter.
Sebagai pelumba veteran, Cerutti telah memulakan perlumbaan dengan baik dan sering berada di dalam kelompok tiga pelumba teratas dikalangan pelumba-pleumba Yamaha Tenere WOrld Raid Team Alessandro Botturi dan Pol Tarres. Ketiga-tiga mereka ini sering menukar kedudukan sehinggalah tamat perlumbaan. Namun akhirnya, Cerutti dan jentera Aprilia Tuareg 660-nya menjadi juara keseluruhan apabila menamatkan perlumbaan dengan hanya 6 minit di hadapan Botturi, manakala Tarres di tempat ketiga. (Jarak 6 minit dikira amat dekat setelah pelumba-pelumba mengharungi 6,500km.)