Casey Stoner Kritik Keadaan Semasa MotoGP
Lagenda MotoGP, Casey Stoner pernah mengkritik evolusi yang terlalu cepat dan terlalu moden dalam dunia perlumbaan MotoGP. Kali ini pelumba dari Australia itu bersuara lagi...
Menurut laporan, juara dunia bersama pasukan Honda dan Ducati itu menegaskan dia tidak bersetuju dengan tahap penggunaan elektronik dan 'bantuan tunggangan' buat para pelumba sekarang ini. Casey juga menekankan bahawa perubahan perlu dilakukan.
“Perlumbaan 'Sprint Race' tidak lagi perlu diadakan. Sistem elektronik juga perlu dihadkan pada kadar tertentu untuk tujuan keselamatan dan bukannya memberi kelebihan buat sesetengah pelumba. Pemasangan 'spoiler' juga tidak perlu,” kata Casey.
“Secara peribadi, saya ingin melihat kemampuan dan potensi seseorang pelumba itu. Buat masa sekarang, mereka tidak tunjukkan bakat sendiri tetapi lebih menonjolkan kehandalan para jurutera pasukan iu sendiri.
Apa pandangan anda? RR
Sumber: https://motorcyclesports.net