Sesi Ujian Valencia: Marc Marquez Antara Yang Paling Laju
Sesi Ujian Valencia yang baru sahaja dijalankan sememangnya di tunggu-tunggu. Kemunculan bekas juara, Marc Marquez (MM93) bersama jentera dan pasukan baru, Gresini Racing MotoGP (Ducati) adalah berita paling sensasi.
MM93 yang menunggang Ducati Desmosedici Spek-2023 tersenyum selepas menyempurnakan lap sulungnya di posisi keenam dan tidak lama kemudian, berjaya mendapatkan rentak untuk berada di tempat ketiga.
Ada ketikanya MM93 mencatatkan masa 1:29.460s dan ini adalah 0.250s lebih pantas daripada para pelumba lain. MM93 telah menyempurnakan 49 lap pusingan di Ujian Valencia dengan prestasi yang cukup mengagumkan.
Viñales kemudiannya memecut jentera Aprilia RS-GP untuk masa terpantas (1:29.253) dan meletakkan namanya di kedudukan tertinggi carta hanya satu jam sebelum sesi ditamatkan.
Antara yang turut mencuri tumpuan ialah pelumba baru, Pedro Acosta yang menunggang KTM, kembalinya Alex Rins dari kecederaan dan pencabar terbaru pasukan Repsol Honda, Luca Marini. RR