Kemenangan 1-2 Buat Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2023 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Penang telah menutup tirai untuk musim ini dengan menyaksikan Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraih kemenangan sekaligus menyambar takhta keseluruhan CP150.
Dalam sesi Super Pole di sebelah pagi, Azroy Hakeem (Honda Yuzy Estremo Team) mencatatkan masa terpantas pada 50'561s untuk menempah petak pertama di perlumbaan akhir. Manakala Afif Amran di petak kedua dan rakan sepasukannya, Akid Aziz di petak ketiga yang masing-masing mencatatkan masa terpantas 50'621s dan 50'664s.
Di perlumbaan akhir pula, Akid dengan pantas mengambil kedudukan pertama Afif di P2 dan Muzakkir di P3. Sementara itu, Aroy yang memburu kedudukan kedua keseluruhan di tangga keempat. Pada lap kedua Azroy berjaya memintas Muzakkir. Walaupun dua pelumba pasukan CKJ Racing mula membuka jarak, Azroy yang memacu jentera Honda terus mengejar untuk merapatkan jurang. Beliau semakin laju dengan meninggalkan kelompok di belakang.
Dalam pertengahan lap ke-20, Haziq Fairues yang berada di kedudukan keempat mula mengejar Azroy. Namun pelumba Honda Yuzy Estremo Team itu meneruskan momentumnya dan mengelak melakukan sebarang kesilapan. Di kelompok hadapan, Akid tetap mempertahankan kedudukannya walaupun diasak oleh Afif. Akid tetap meneruskan perlumbaan sehingga penamat untuk meraih kemenangan dengan catatan 16'52:101s.
"Musim ini merupakan musim yang sangat baik buat saya. Terima kasih buat pasukan dan krew serta keluarga saya yang sentiasa memberikan dorongan dan persediaan sepanjang musim. Pada tahun ini merupakan pencapaian yang sangat memuaskan sehingga meriah 9 kali podium", kata Akid Aziz.
Sementara itu, Afif Amran melepasi garisan penamat di tempat kedua dan Azroy dengan catatan masa masing-masing 16'52:069s dan 16'59:069. RR