Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 November 2023

Juara Moto3 Jaume Masia Dikritik, Ayumi Sasaki dapat Sokongan Mick Doohan

Juara bagi dua kategori di dalam kalendar MotoGP telah diselesaikan namun, Jaume Masia yang menjadi juara Moto3 masih sedang menerima kritikan daripada penggemar perlumbaan motosikal. Masia dikatakan telah membuli saingan terdekatnya, Ayumu Sasaki ketika berlangsungnya pusingan di litar Lusail, Qatar hujung minggu lepas. Bukan setakat itu sahaja tetapi dia juga telah mengakui tindakannya serta tidak langsung menunjukkan sedikit keinsafan.

Masia yang menunggang untuk pasukan Leopard Racing sebenarnya mempunyai jurang pungutan mata yang luas di hadapan Sasaki. Perbezaan 13 mata itu bermaksud dia boleh mengukuhkan lagi kedudukannya dengan hanya menamatkan perlumbaan di hadapan Sasaki di Lusail, dan menjuarai siri Moto3 di pusingan terakhir di Valencia dengan jurang mata yang lebih selesa lagi.

Namun Masia mengambil pendekatan yang melampau dengan sengaja menolak Sasaki ke arah luar litar sebanyak 2 kali di Selekoh ke-6. Sasaki terpaksa mengalah dan kehilangan 6 kedudukan setiap kali. Tidak cukup dengan itu, rakan sepasukan Masia, Adrian Fernandez telah membuat perkara yang sama 2 kali dalam satu lap. Akhirnya Sasaki menamatkan perlumbaan di tempat yang ke-7 dan Masia mengambil takhta juara Moto3 2023.

Pengelola perlumbaan FIM perasan terhadap kelakuan Masia dan telah menghantar mesej "Conduct Warning" (Amaran Perbuatan) ke skrin Masia tetapi tidak mengambil langkah yang lebih berat seperti memberikan penalti lap panjang. Tindakan pengelola ini turut dikritik hebat.

Apapun, Masia berkata, "Saya ternampak mesej tersebut daripada pengelola perlumbaan, tetapi secara jujurnya saya tidak mengendahkannya."

Masia bertambah ketika sesi temu bual selepas  perlumbaan, "Tiada siapa akan berikan kejuaraan itu kepada saya, tiada siapa akan berikan saya apa-apa, jadi ia bergantung kepada saya sendiri, dan saya boleh membuat apa-apa sahaja." "Saya buat apa saya perlu buat dan dia (Sasaki) terima padahnya." Ayatnya yang terakhir itu menerima sorakan daripada krew Leopard Racing.

Tindakan Masia serta tingkahlaku pasukannya dikritik bulat-bulat di media sosial Masia dan Leopard Racing. Namun mereka tidak mengendahkannya.

Akhirnya juara GP 500cc Dunia lima kali, Mick Doohan juga mengkritik perbuatan Masia dan memberikan kata-kata sokongan kepada Sasaki, "Dia (Masia) tidak ada seperti kamu. Bertabah dan teruskan perjuangan anda, Sasaki."

Sebagai nota daripada pengarang, perbuatan ini tidak boleh diterima di dalam mana-mana perlumbaan, samada di peringkat kelab atau nasional, apatah lagi di peringkat dunia. Pengarang ini pernah nampak pelumba dan ahli pasukan masing-masing bertumbuk ketika perlumbaan Cub Prix di zaman 90an disebabkan oleh taktik kotor seorang pelumba. Badan pengelola MotoGP juga wajib menjatuhkan hukuman dengan lebih konsistan agar tidak tercetusnya kontroversi yang mereka hanya berpihak kepada pelumba-pelumba bangsa Sepanyol.

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).