Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 November 2023

Fabio Di Giannantonio Cipta Kemenangan Sulung, Pecco Makin Dekat Takhta....

Litar Antarabangsa Lusail memberikan sejarah peribadi buat pelumba Itali, Fabio Di Giannantionio yang meraih kemenangan sulungnya selepas bertarung cukup sengit sepanjang 22 lap dengan pendahulu saingan, Francesco Bagnaia (Pecco).

Kemenangan pertama buat Fabio Di Giannantonio dalam kelas prima.
Kemenangan pertama buat Fabio Di Giannantonio dalam kelas prima.

Turut meraih tangga podium ialah Luca Marini yang berjaya berjaya menahan serangan dan kemaraan Maverick Vinales. Pada masa yang sama, Jorge Martin yang selaku pencabar terdekat Pecco pula tercicir ke belakang selepas permulaan yang kurang baik. Maka tiadalah pertarungan PeccovsMartin pada pusingan ke-19 ini.

Dari kiri: Francesco Bagnaia, Fabio Di Giannantonio & Luca Marini.
Dari kiri: Francesco Bagnaia, Fabio Di Giannantonio & Luca Marini.
Pertarungan sengit di antara Pecco & Fabio Di Giannantonio di saat-saat akhir.
Pertarungan sengit di antara Pecco & Fabio Di Giannantonio di saat-saat akhir.

Walaupun di petak pertama, permulaan Marini tidak baik selepas berlakunya 'wheelspin' dan dengan segera dipintas oleh Pecco. Mengejar dengan sangat rapat di belakang ialah Di Giannantionio, Alex Marquez, abangnya, Marc Marquez dan Brad Binder.

Jorge Martin '89' diberi tentangan hebat oleh M. Marquez '93'.
Jorge Martin '89' diberi tentangan hebat oleh M. Marquez '93'.
Permulaan yang baik memberi peluang buat para pelumba untuk berada di depan sekali.
Permulaan yang baik memberi peluang buat para pelumba untuk berada di depan sekali.
Fabio Quartararo menewaskan para pencabarnya untuk tamat di tempat ketujuh.
Fabio Quartararo menewaskan para pencabarnya untuk tamat di tempat ketujuh.

Selepas menundukkan Marini, Di Giannantionio mendapat rentak yang cukup mengagumkan untuk mengejar Pecco di depan. Persoalannya ketika itu, adakah pihak Ducati akan meminta Giannantionio untuk tidak memberi tekanan kepada bakal juara 2023 itu? Di belakang, aksi kejar mengejar terus sengit. Vinales, M. Marquez. A. Marquez dan Binder saling cabar mencabar untuk mendapatkan keputusan terbaik buat diri dan pasukan mereka.

Joan Mir, tempat ke-14.
Joan Mir, tempat ke-14.
Enea Bastianini '23' menahan serangan daripada Aleix Espargaro.
Enea Bastianini '23' menahan serangan daripada Aleix Espargaro.

Ketika berbaki lima lap sahaja lagi, terpapar di skrin yang menunjukkan komunikasi di antara pasukan dan Di Giannantionio yang memintanya untuk menukar pemetaan enjin (semua orang tertanya-tanya, adakah ini arahan agar Pecco tidak diganggu?). Mungkin kerana tahu ini satu-satu peluang untuk mencipta kemenangan dalam saingan MotoGP, Di Giannantionio bagaikan tidak endahkan arahan itu dan terus mengejar seterusnya memintas Pecco di depan. Info: Di Giannantionio mungkin tidak lagi berada dalam MotoGP tahun depan dan inilah sejarah yang penting buatnya.

Jack Miller '43' cuba untuk memintas Quartararo.
Jack Miller '43' cuba untuk memintas Quartararo.
Kepuasan yang terpancar di wajah Fabio Di Giannantonio.
Kepuasan yang terpancar di wajah Fabio Di Giannantonio.

Pecco menyahut cabaran Di Giannantionio tetapi cubaannya di Lap-19 boleh menyebabkan perlanggaran dan dari saat itu, Pecco tidak lagi terlalu agresif sebaliknya mengekalkan rentak untuk menambah 20 lagi mata di tempat kedua. Luca Marini akhirnya berjaya kekal di tempat ketiga diikuti Vinales, Binder, A. Marquez dan Fabio Quartararo. Jorge Martin pula terpaksa berpuas hati di tempat ke-10.

Brad Binder sentiasa menunjukkan keputusan yang konsisten.
Brad Binder sentiasa menunjukkan keputusan yang konsisten.

Selepas Qatar, Pecco kini agak selesa di tangga teratas carta dengan 437 mata, lebih 21 mata berbanding Jorge Martin. Kedua-dua pelumba ini akan berentap lagi pada perlumbaan pusingan akhir yang akan berlangsung di Litar Valencia pada 24-26 November 2023 dengan kelebihan berpihak kepada Pecco. RR

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.