Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 November 2023

Hari Pertama Jonathan Rea Bersama Pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK

Sebaik sahaja tirai perlumbaan WorldSBK dilabuhkan, Juara Dunia FIM Superbike enam kali Jonathan Rea melangkah masuk ke dalam kotak pit pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK buat kali pertama untuk bertemu dengan jentera Yamaha R1 WorldSBK #65 miliknya.

Jentera tersebut disempurnakan dengan warna kelabu, putih dan dikemaskan dengan gentian karbon. Rekacorak livery Ujian Musim Sejuk memperlihatkan kita dengan beberapa skema warna sejarah Yamaha.

Ketibaan Rea dialu-alukan oleh krew pasukan dan jurutera Yamaha. Rea kemudiannya mendapatkan segala informasi terperinci termasuklah posisi dan gaya tunggangan yang sesuai. Tidak dinafikan, pemindahan dan sesi tunggang uji jentera baru dari pelumba berpengalaman ini sangat-sangat dinantikan oleh para pencinta WorldSBK di seluruh dunia.

Hari ini (1 November) merupakan tarikh bersejarah buat Rea dan Yamaha kerana hari ini merupakan sesi pertama buat Rea dengan jentera Yamaha R1 #65 di atas litar. Sesi ujian ini dijalankan di Litar Jerez selama dua hari.

“Ia adalah hari pertama yang luar biasa khususnya apabila memakai baju pasukan Pata Yamaha Prometeon WorldSBK dan saya juga cukup teruja apabila bertukar ke 'warna biru' serba baru. Apabila saya tiba di pit, semua orang begitu bersemangat dan saya merasakan sokongan yang padu serta-merta. Logo saya ada di mana-mana baik di ruang peribadi saya sehinggalah pada bahagian motosikal. Saya tidak sabar sekarang untuk melakukan pusingan pertama saya bersama R1,” komen Jonathan Rea.

“Idea utama adalah untuk berasa selesa di atas jentera ini. Saya perlu memahami krew dan mereka juga harus memahami saya, ini penting untuk belajar dan mempunyai hasil yang positif. Tanggapan pertama sentiasa penting dan hari ini adalah yang sangat baik. Saya bersedia memulakannya dan ingin mengucapkan terima kasih buat Crescent Racing, Yamaha Motor Europe dan semua penaja di atas peluang ini.” RR

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.