Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 November 2019

Rea Juara Tak Terkalah

Tahniah diucapkan buat Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK yang mencipta sejarah sebagai pelumba pertama menjuarai FIM Superbike World Championship sebanyak lima kali dan amat layak digelarkan sebagai pelumba lima bintang dunia. Sememangnya tahun ini dijangkakan akan berlaku perubahan selepas Alvaro Bautista (Aruba.it Racing-Ducati) memulakan musim 2019 dengan kejayaan demi kejayaan. Jujurnya, Bautista kelihatan cukup kebal daripada segala serangan.

Rea menerima cabaran itu dengan tenang, mempamerkan sifat sebenar sang juara dengan cuba meraih kelebihan sedikit demi sedikit. Apabila peluang di depan mata, Rea menggunakan ketangkasan ZX-10RR untuk mencari kemenangan seterusnya mengembalikan dominasi seperti yang dilakukan sebelum ini. Hasilnya, Rea menerima kibaran penamat sebagai juara dunia WSBK 2019 pada pusingan ke-11 yang berlangsung di litar Magny-Cours, Perancis pada penghujung September lalu. Tahniah diucapkan.

Para pelumba meninggalkan Perancis untuk meneruskan saingan pusingan ke11 yang diadakan di Argentina. Walaupun juara telah pun diketahui... naib juara juga hampir dikenalpasti, para pelumba terus berjuang untuk menamatkan saki-baki terakhir perlumbaan dengan keputusan yang cemerlang dan membanggakan.

Bautista berjaya mempamerkan tunggangan mantap untuk mencabar juara baru, Rea, Dia berjaya! Dari lap pertama hingga ke lap ke-21, posisi Bautista langsung tidak tergugat. Dia berjaya mengekang kemaraan Rea untuk meraih kemenangan di tempat pertama. Rea akur di tempat kedua manakala Razgatlioglu terus mantap dengan koleksi kejayaannya lagi di tempat ketiga.

Jika Rea agak ketinggalan pada Perlumbaan 1, situasi yang sama tidak lagi berlaku pada persaingan seterusnya. Rea mengawal setiap gerakan jentera Kawasaki ZX-10RRnya dengan mantap untuk meninggalkan para pelumba di belakangnya secepat mungkin. Walaupun Bautista cuba menyekat kemaraan itu, segala tidak berhasil manakala rakan sepasukannya Chaz Davies lebih pantas untuk mengekori juara 2019 itu dari belakang.

Seorang lagi pelumba Kawasaki, Razgatlioglu terpaksa bertarung dengan cukup sengit apabila M. Van Der Mark bersama jentera Yamaha YZF-R1nya memiliki kelajuan yang mengagumkan. Apapun, M. Van Der Mark gagal memintas pencabarnya itu walaupun beberapa kali mencuba. Rea menyempurnakan hari kedua dengan kutipan 25 mata lagi diikuti Davies di tempat kedua manakala Razgatlioglu sekali lagi di tempat ketiga.

“Amat sukar untuk saya percaya dan ia adalah musim paling sempurna buat kami semua. Walaupun pada mulanya agak ketinggalan, saya yakin dengan kemampuan diri dan apabila mula mendapat podium dan kemenangan, barulah kami mengatur strategi dan dapat mencari talaan yang benar-benar telah berjaya mengubah segalanya. Terima kasih buat Kawasaki!” Kata Rea.

WorldSSP
Selepas beberapa pusingan menunggu dengan penuh sabar, pelumba kelahiran Italy, Jules Cluzel akhirnya berjaya menaiki podium tertinggi apabila muncul juara pada perlumbaan di Argentina. Turut mempamerkan tunggangan penuh bertenaga ialah pelumba Yamaha, Issac Vinales dan Lucas Mahias masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kemantapan Cluzel, Vinales dan Mahias ternyata akan terus dapat kita saksikan hingga ke pusingan akhir memandangkan ketiga-tiganya mempunyai peluang cerah. Permulaan di litar Argentina memang menakutkan! Siapa di depan akan diberi tentangan hebat agar tidak membuka jarak terlalu jauh. Kelompok hadapan paling sukar kerana semuanya dilihat seimbang. Juara hanya boleh ditentukan jika salah seorang daripadanya menunggang dengan sempurna, kurang membuat kesilapan, bijak dan jentera yang tidak bermasalah.

“Saya amat gembira kerana perlumbaan kali ini memihak kepada saya. Seluruh pasukan telah melakukan yang terbaik di sepanjang minggu dan saya mengerahkan seluruh tenaga untuk maju ke hadapan.  Selepas mendapat rentak seperti yang diinginkan, saya membuka jarak dan mencuba sedaya upaya untuk kekalkan posisi. Saya amat teruja dengan persaingan kali ini dan bersedia untuk pusingan seterusnya,” komen Jules Cluzel.

Cluzel kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 180 mata manakala di atasnya masih diungguli oleh Randy Krummenacher(202 mata) dan Federico Caricasulo dengan 194 mata.
Persaingan akhir berlangsung di litar Losail Qatar pada 24-26 Oktober 2019. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.