Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2023

Farish Hafiy, Qabil Irfan Juara FIM MiniGP Malaysia Series Musim 2023

Pelumba Asia Talent Cup negara, Farisy Hafiy muncul juara sulung kelas 190cc FIM MiniGP Malaysia Series sementara Qabil Irfan mengekalkan kejuaraan kelas 160cc sekali gus menempah tiket ke Kejuaraan Akhir Dunia yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol tahun depan.

Perlumbaan pusingan akhir diserikan dengan kehadiran Zulfahmi Khairudin 'kiri', Tan Sri Mokhzani 'tengah' & Azhan Shafriman.
Perlumbaan pusingan akhir diserikan dengan kehadiran Zulfahmi Khairudin 'kiri', Tan Sri Mokhzani 'tengah' & Azhan Shafriman.
Para pemenang 190cc FIM MiniGP Malaysia Series. Dari kiri: Farres Putra, Farish Hafiy & Emil Idzhar.
Para pemenang 190cc FIM MiniGP Malaysia Series. Dari kiri: Farres Putra, Farish Hafiy & Emil Idzhar.


Mengiringi Farish Hafiy untuk kejuaraan dunia 190cc adalah Faresh Putra dan Emil Idzhar, yang masing-masing menamatkan kejuaraan musim ini di tempat kedua dan ketiga keseluruhan. Bagi kelas 160cc, yang memperuntukkan dua tiket untuk pelumba negara ke World Finals, Qabil Irfan akan bergandingan dengan Ariel Marzuki, yang muncul naib juara keseluruhan musim ini.

Perebutan tempat pertama yang cukup sengit di antara Farish '32' dan Farres '33'.
Perebutan tempat pertama yang cukup sengit di antara Farish '32' dan Farres '33'.
Para pelumba Kelas 190 bersiap sedia untuk memulakan saingan.
Para pelumba Kelas 190 bersiap sedia untuk memulakan saingan.

Bersaing pada Pusingan 5 di Litar Antarabangsa Kart Sepang hari ini, Farish Hafiy memenangi kedua-dua perlumbaan; tetapi terpaksa mengharungi tentangan kuat daripada Farres Putra, yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua. Dengan kedudukan ini, Farish Hafiy menamatkan musim dengan 208 mata dan Farres Putra dengan 196 mata.

Farhan Naqib bersama keluarganya.
Farhan Naqib bersama keluarganya.

Gagal menamatkan Perlumbaan 1 kerana terjatuh, Emil Idzhar berjaya mengatasi Adi Putra untuk tempat ketiga keseluruhan selepas mendapat tempat ketiga pada Perlumbaan 2 untuk menamatkan musim dengan 136 mata. Menduduki tempat keempat pada Perlumbaan 2, Adi Putra mengakhiri musim dengan 119 mata untuk tempat keempat keseluruhan.

Qabil Irfan memiliki kepantasan yang mantap.
Qabil Irfan memiliki kepantasan yang mantap.
Para pemenang Kelas 160 bersama piala kemenangan masing-masing.
Para pemenang Kelas 160 bersama piala kemenangan masing-masing.

Mengulangi kejayaan musim lepas, Qabil Irfan terus berada dalam kelas yang tersendiri dalam saingan kelas 160cc apabila memenangi kedua-dua perlumbaan hari ini dengan cukup memberangsangkan untuk membawa pungutan penuh beliau musim ini kepada 245 mata. Airel Marzuki, yang menamatkan kedua-dua perlumbaan hari ini di tempat  kedua, mengesahkan tempat sebagai naib juara dengan 184 mata; manakala tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh penunggang Vietnam, Nguyen Viet Tuan, yang mengumpul 154 mata.

Juara keseluruhan SIC Ohvale Junior Championship.
Juara keseluruhan SIC Ohvale Junior Championship.
Fahim Naufal bersama ahli keluarganya.
Fahim Naufal bersama ahli keluarganya.

Dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship 2023, Aidil Zariff mengakhiri musim dengan kutipan 197 mata selepas menamatkan dua perlumbaan hari ini di tempat kelapan untuk Perlumbaan 1 dan kesembilan untuk Perlumbaan 2. Fahim Naufal, yang memenangi kedua-dua perlumbaan hari ini, menduduki tempat kedua keseluruhan dengan 180 mata; manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Qasha Irfan, yang mendapat tempat ketiga pada kedua-dua perlumbaan.

Pelumba cilik dari China, Jia You En Li 'kiri' bersedia menyahut cabaran.
Pelumba cilik dari China, Jia You En Li 'kiri' bersedia menyahut cabaran.


Fahim '12', Nguyen Minh Tuan '48' & Cheung Yan Kit '81'.
Fahim '12', Nguyen Minh Tuan '48' & Cheung Yan Kit '81'.


Dianjurkan bersama oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Sepang International Circuit (SIC) dan ZK Racing, saingan musim 2023 tahun ini bermula di Litar Go Kart UNIMAP, Arau di Perlis sebelum berpindah ke MORAC Adventure Park Langkawi, Kedah untuk Pusingan 2 dan 3; sebelum ditutup dengan dua pusingan di Litar Antarabangsa Kart Sepang, Selangor. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.