Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Mei 2014

PETRONAS CUBPRIX 2014 Pusingan 1-Batu Kawan, Pulau Pinang : Langkah Kanan Zaqhwan!

Perlumbaan Petronas Cub Prix telah pun membuka tirainya pada awal April lalu di litar Batu Kawan, Pulau Pinang. Musim ini menunjukkan beberapa pasukan baru telah hadir memberi cabaran seperti Pasukan Yamalube AHM, Felda pBAfb Tech Racing, Elf Koyoko KC Racing, MTRT Tie Racing, Kozi Yam Honda Racing dan banyak lagi.

Aksi Zaqhwan setelah menjuarai kategori C130 di Batu Kawan, Pulau Penang
Aksi Zaqhwan setelah menjuarai kategori C130 di Batu Kawan, Pulau Penang

Tidak kurang juga dengan para pelumba yang telah bertukar khemah contohnya Affendi Rosli, Zamri Baba, Ahmad Fazrul Sham dan Sasitharen. Selain dapat bertukar angin, proses penukaran pelumba ini dapat mempertingkatkan lagi kemampuan sesebuah pasukan terutamanya dari segi prestasi enjin, komunikasi sesama pasukan dan pendekatan berbeza daripada pengurus pasukan yang baru.

Sambutan hangat para peminat Cubprix di Pulau Pinang
Sambutan hangat para peminat Cubprix di Pulau Pinang

Itu berkaitan pasukan dan pelumba. Turut mengalami sedikit perubahan dalam peraturan teknikal untuk mengimbangi peningkatan arus teknologi dalam dunia motosikal. Antara perubahan yang dimaksudkan adalah: 1) Enjin yang menggunakan sistem pam manual kini dibenarkan ditukar kepada sistem pancitan bahan api atau sistem pancitan bahan api ditukar kepada sistem pam manual. 2) Dibenarkan menggunakan kotak angin tetapi perlu diletakkan di dalam ruang pelindung kaki. 3) Kedudukan tangki minyak tidak boleh ditukar tetapi perubahan saiz dibenarkan. 4) Pemilihan bar hendal dibenarkan mengikut kesesuaian pelumba.

Haiekal Akmal (99), Zambri Baba (12) & Fazli Sham (46) bersaing sengit walaupun tidak naik podium.

CP130

Walaupun masih awal, keupayaan, kesungguhan dan keyakinan pasukan GIVI Honda Yuzy Racing jelas kuat dan perlu diberi perhatian oleh pasukan lain untuk terus memberi cabaran. “Sudah tentu saya dan seluruh pasukan cukup bersemangat untuk cabaran tahun ini. Walaupun ini masih perlumbaan pertama, sasaran kami ialah untuk terus berada di hadapan seterusnya menjadi juara keseluruhan menerusi pengalaman dan kemampuan Zaqhwan,” kata Shahrol Yuzy, pengurus pasukan.

Sejak di peringkat saringan Zahqwan berjaya membuktikan kesungguhannya dengan mencatatkan masa terpantas untuk mendapatkan kedudukan di petak pertama.

Berada di barisan hadapan bersama-sama Norizman, Md Azhar dan Affendi memberi kesukaran dan tekanan kepada Zaqhwan. Sebaik sahaja dimulakan, selekoh pertama berjaya dimiliki oleh Norizman yang sememangnya cukup arif dengan selok belok litar ini. Norizman berjaya membuka sedikit jarak apabila Zaqhwan ditentang hebat oleh Azhar. “Tahun lalu, kami hanya mahu Azhar belajar daripada para pelumba senior dalam kategori ini dan inilah masanya untuk tunjukkan kemampuan sebenar,” kata sifu YY Pang dengan prestasi Azhar yang cukup berbeza berbanding musim lalu.

Zaqhwan berjaya mengekang kemaraan Azhar seterusnya memintas Norizman untuk memimpin perlumbaan. Zaqhwan semakin lama semakin pantas sehingga dua saat di hadapan pencabarnya untuk menamatkan saingan di tempat pertama. Norizman kemas mengawal posisinya daripada dipintas Azhar untuk menerima bendera penamat di tangga kedua.

Elly Idzlianizar (88) & rakan sepasukannya, Syafiq Rosli (36) mendahului di awal perlumbaan CP115

CP115

Saingan kategori ini ternyata sama hebat, sama rancak dan sama ‘panas’ seperti perlumbaan kelas prima. Lihat sahaja barisan pelumba: Elly Idzlianizar, Tengku Amirul, Izzat Zaidi, Zaidi Zaifaizal, Muhaimin (Along) dan Syafiq – semuanya pernah menggalas nama Malaysia ketika berlumba di luar negara.

Rozaiman Md Said kecundang setelah perlumbaan CP115 berbaki tiga lap.
Rozaiman Md Said kecundang setelah perlumbaan CP115 berbaki tiga lap.

Pemilihan 10 pelumba di petak grid dijalankan menerusi sessi shoot out berdasarkan catatan masa yang diperolehi di peringkat saringan. Berbeza dengan superpole di mana para pelumba dilepaskan seorang demi seorang untuk mencari masa terpantas, 10 pelumba dilepaskan serentak dalam sessi shoot out – siapa paling pantas, dia di hadapan sekali.

Pengalaman Elly ternyata memberikannya peluang untuk mendahului perlumbaan seawal ianya dilepaskan tetapi dua pencabar daripada pasukan Motul Yamaha YY Pang iaitu Izzat dan Tengku sememangnya bagaikan seekor serigala mengejar mangsanya. Mereka berjaya merapati Elly di setiap selekoh dan akhirnya Izzat berjaya meloloskan diri untuk memenangi perlumbaan akhir dengan catatan masa 54.623 saat manakala Tengku yang berjaya mengikut jejak rakannya di tempat kedua meninggalkan Elly di tempat ketiga.

Beraksi di hadapan ribuan penonton nyata memberi semangat kepada Izzat Zaidi (98) untuk bergelar juara Kategori CP115.

“Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini dan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang bertungkus lumus menyediakan sebuah jentera yang cukup hebat. Selepas merasakan mampu berada di depan, saya mencari peluang terbaik sebelum membuat pintasan seterusnya mendapatkan podium pertama musim ini,” komen Izzat.

Wira

Tahniah buat para pelumba muda yang berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi untuk bergelar jagoan motosikal negara. Potensi yang ditunjukkan oleh para pelumba dalam kelas ini layak menerima pujian semua pencinta perlumbaan cub prix tanahair. Semua pelumba yang berada dalam saingan ini mempunyai keupayaan yang hampir sama rata, apa yang membezakan antara mereka ialah dedikasi dan semangat peroleh kejayaan.

Amirul (97) & Shah Khairil (44) berebut kedudukan kelima & keenam dalam kategori WIRA.

Litar sepanjang 1263.5 meter menjadi saksi betapa membaranya semangat pelumba-pelumba muda mencari tempat di podium. Khairul Ikhwan, Harith Farhan, Khairul Idham dan Amirul Hakim berjaya membuat kelompok paling hadapan meninggalkan para pencabar lain jauh di belakang.

Beberapa lap sebelum tamat, Khairul Ikhwan berjaya mendapat rentak untuk memecut semakin pantas seterusnya mendapatkan kedudukan tertinggi podium. Harith berjaya di tempat kedua manakala saingan sengit antara Idham dan Amirul tamat dengan kemenangan berpihak kepada Idham yang lebih berpengalaman.

Azroy Hakeem Anuar, juara Cabaran Honda Future.
Azroy Hakeem Anuar, juara Cabaran Honda Future.

Cabaran Honda Future

Persaingan pertama ini telah memberi pengajaran berguna buat Anuar, Alaff, Afiq, Danial, Ahmad Nur dan Airul Hanafiee agar lebih berhati-hati di masa hadapan terutamanya ketika perlumbaan baru dijalankan. Kelima-lima pelumba ini telah terlibat dalam satu insiden di awal saingan dan hanya Airul sahaja berjaya meneruskan cabaran.

Pelanggaran lima orang pelumba kelas Cabaran Honda Future.
Pelanggaran lima orang pelumba kelas Cabaran Honda Future.

Kemalangan itu langsung tidak menjejaskan perlumbaan terutama sekali buat pemenang pertama musim ini Azroy Hakeem yang telah menunjukkan kematangannya dalam pengendalian jentera ketika berentap dengan Md Saiful Aiman untuk mendapatkan posisi utama. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Saiful Azhary yang ketinggalan 10 saat di belakang.

Yamaha 135 Super Series Petronas

Kehadiran dua pelumba berbangsa cina iaitu Dennis Lee Thim Yaw dan Yap Yee Him membuatkan kita mengimbau kembali kejayaan jaguh-jaguh cub prix seperti Chia Tuck Cheong, Soong Chee Kieong, Yong Yin Hoe dan ramai lagi. Ternyata kehadiran dua pelumba ini telah menjadikan saingan lebih meriah dan menarik.

Dennis Lee Thim Yaw berlumba dalam kelas Yamaha 135 Super Series.
Dennis Lee Thim Yaw berlumba dalam kelas Yamaha 135 Super Series.

Dalam perlumbaan pembukaan, Md Irfan Roznizam ternyata bagaikan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Walaupun masih baru, gaya tunggangannya cukup tenang dan yakin sehinggakan berada 8.899 saat di hadapan pemenang tempat kedua, Md Husaini manakala Azmel di tempat ketiga dan Afizi keempat. Dennis menamatkan cabaran 10 lap di tempat ketujuh manakala Yap perlu berusaha lebih gigih di masa akan datang. RR

Isu Pada

Mei 2014

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.