Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Julai 2023

Azroy Hakeem Cipta Kemenangan Sulung Musim Ini

Pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah diadakan di Litar Permotoran Terengganu baru-baru ini. Tahniah buat pelumba Honda Yuzy Estremo Racing, Azroy Hakeem Anuar yang akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama bagi musim ini dalam kategori CP150.

Dari kiri: Afif, Azroy dan Akid meraikan kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Afif, Azroy dan Akid meraikan kemenangan masing-masing.

Di sesi 'Super Pole' yang telah berlangsung pada sebelah pagi, Afif dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya mencatatkan masa terpantas iaitu 48’508s diikuti Azroy (48’616s) dan Kasma Daniel dengan catatan masa 48’794s.

Dalam saingan akhir, Afif memecut ke Posisi 1 (P1) tetapi dipintas oleh Azroy yang rapat mengejar di belakangnya. Berada di di P3, Kasma tampak yakin dengan rentaknya untuk berada di kelompok hadapan.

Para pelumba mempertingkatkan retak untuk mendapatkan kedudukan terbaik.
Para pelumba mempertingkatkan retak untuk mendapatkan kedudukan terbaik.

Perebutan sengit di antara Afif (50) dan Azroy untuk meraih kemenangan di Litar Permotoran Terengganu.

Akid mengekori di tempat keempat sambil mencari peluang untuk membuat serangan. Jurang di antara empat pelumba di hadapan dan kelompok di belakang menjadi semakin besar. Azroy terus kekal fokus demi mempertahankan kedudukannya walaupun Afif menggunakan seluruh pengalamannya untuk memberikan tekanan.

Dalam lap ke-11, jentera Kasma menghadapi masalah dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Ini memberikan kelebihan bagi Akid yang pada ketika itu untuk merampas P3. Di belakang, Helmi berjaya memintas Nazirul dan cuba untuk membuka jarak tetapi selepas beberapa lap, Nazirul kembali berjaya memintas pencabarnya itu.

Persaingan di antara Azroy dan Afif bertambah sengit. Azroy tenang mengawal keadaan untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dengan catatan masa 16’23:204s diikuti Afif dan Akid di P3.

“Perlumbaan yang sangat sengit. Tetapi akhirnya, dapat juga menang setelah sekian lama. Semasa berlumba tadi, saya memang “push” dari lap pertama sampai ke akhir. Mula-mula ada empat pelumba dikelompok hadapan dan kemudian kurang seorang. Bila saya pandang ke belakang lepas beberapa lap, hanya Afif di belakang saya. Saya pun tidak pasti apa yang berlaku kepada pelumba-pelumba di kedudukan tiga dan empat,” jelas Azroy.

Pada lima lap terakhir tadi, saya terfikir untuk melepaskan Afif ke P1 tetapi Afif pun tidak mengambil kesempatan maka saya kekalkan kelajuan sampailah ke lap terakhir. Di selekoh terakhir, memang ada ruang untuk memintas tetapi dia tidak lakukannya. Memang saya amat terharu dengan kemenangan hari ini,” tambah Azroy

Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mendapat tempat kedua dengan catatan masa 16’23:500s. Rakan sepasukan, Md Akid Aziz mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 16’28:023s. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.