Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Julai 2023

Peminat Marc Marquez Boleh Menginap di Motorhomenya Sempena GP Catalunya

Sempena dengan GP Catalunya yang dijadualkan pada 3 September 2023 nanti. Juara Dunia lapan-kali, Marc Marquez dan pasukannya Repsol Honda telah bekerjasama dengan Airbnb untuk jadikan 'motorhome' pasukan MotoGPnya dijadikan tempat penginapan untuk 1-malam.

Tawaran untuk penginapan ini hanya untuk dua orang sahaja untuk tarikh 2 September 2023 pada harga Euro93 – harga sempena nombor ikonik Marc Marquez '93'.

Tawaran ini termasuk:

  • Penginapan 1-malam di motorhome pasukan MM93, bersebelahan dengan motorhome peribadi Marc Marquez di dalam kawasan litar yang hanya boleh diakses oleh para pelumba sahaja. Mereka yang bertuah ini juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai barangan koleksi istimewa seperti topi keledar, jersi, sut perlumbaan termasuklah trofi pilihan kejuaraan yang paling berharga.
  • Pas MotoGP VIP Village
  • Pengalaman 'menunggang' penuh gaya dengan permainan simulator MotoGP.
  • Melawat kawasan paddock dan kotak pit secara eksklusif.

Cara Membuat Tempahan:

1. Peminat boleh membuat tempahan penginapan ini dari 19 Julai 2023 jam 7.00 malam di Camper/RV, Barcelona · 1 bilik tidur · 1 katil · 1 bilik mandi . Jika terpilih, pihak tetami perlu menanggung perbelanjaan perjalanan mereka sendiri ke Montmeló, yang terletak betul-betul di luar bandar hebat Barcelona (Catalonia, Sepanyol).

2. Pengembara luar negara yang ingin menempah harus ambil perhatian bahawa penginapan ini memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan dan garis panduan COVID-19. Pihak Airbnb sedang memantau kadar jangkitan COVID-19 dan dasar kerajaan dengan teliti. Pihak Airbnb juga bersedia untuk bayaran balik bayaran tempahan ($93) dan kredit perjalanan Airbnb USD1,000 USD jika ada keputusan untuk membatalkan penginapan atas garis panduan COVID-19. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.