Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 April 2014

WSBK 2014 Pusingan 1-Philip Island, Australia : Lebih Banyak Jenama Lebih Meriah

Tahniah buat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas mendapat kepercayaan pihak DORNA untuk melangsungkan perlumbaan World Superbike Championship (WSBK) buat pertama kalinya di Malaysia pada 6-8 Jun nanti.

“Jika hendak dibandingkan antara WSBK dan MotoGP, para pecinta motosikal mungkin lebih mengenali pelumba-pelumba MotoGP tetapi pastinya jentera-jentera yang bersaing di dalam perlumbaan WSBK lebih mudah dikenali ramai kerana ianya merupakan motosikal jalanan biasa yang dilakukan pengubahsuaian agar lebih sempurna untuk berada di atas litar. Kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan model Kawasaki ZX10R, Suzuki GSXR1000, Ducati 1199 Panigale, MV Agusta F4RR, Honda CBR1000RR, Yamaha R6 dan banyak lagi,” kata Pengarah WSBK Bhg. Komersial dan Pemasaran Kumpulan Dorna, En. Marc Saurina di majlis pengenalan perlumbaan WSBK di Malaysia tempohari.

Sylvain Guintoli (50) kini mendahului carta pungutan mata

Selain perlumbaan utama Superbike, terdapat tiga lagi kategori yang turut dipertandingkan iaitu Kejuaraan Supersport 600, Superstock 1000 dan Superstock 600. Perlumbaan pusingan pertama telah pun dilangsungkan di litar Phillip Island pada 23 Februari lalu dan semestinya prestasi wira-wira 2013 seperti Tom Sykes dari pasukan Kawasaki, Marco Melandri (Aprilia), Jonathan Rea (Honda),

Eugene Laverty (Suzuki) dan Sylvain Guintoli (Aprilia). Berbeza dengan MotoGP, persaingan SBK diadakan dalam dua perlumbaan dan kutipan mata daripada kedua-dua sessi itu akan digabungkan untuk memilih pelumba paling teratas.

Tom Sykes hanya mampu di tempat ke-3 dalam perlumbaan kedua.
Tom Sykes hanya mampu di tempat ke-3 dalam perlumbaan kedua.

Dalam perlumbaan 1, Laverty yang kini bersama pasukan Suzuki (musim lepas: Aprilia) berjaya bermula dengan sempurna seterus menunjukkan kemampuan mengendalikan mesin terbarunya. Walaupun diberi tentangan hebat oleh pelumba baru Aprilia iaitu Marco Melandri yang berhijrah daripada pasukan BMW, Laverty terus mengekalkan rentaknya untuk menerima bendera penamat di tempat pertama. Melandri di tempat kedua manakala seorang lagi pelumba Aprilia iaitu Guintoli di tempat ketiga. Juara bertahan, Tom Sykes dilanda masalah menyebabkan dia hanya mampu menamatkan perlumbaan 1 di tangga ketujuh.

Prestasi Lorris Baz lebih baik dari rakan sepasukannya.
Prestasi Lorris Baz lebih baik dari rakan sepasukannya.

Segala-galanya berubah dalam perlumbaan kedua. Pelumba Suzuki, Laverty yang cemerlang dalam perlumbaan 1 gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya mengalami masalah teknikal. Guintoli merampas kedudukan sebagai pendahulu perlumbaan diikuti rapat oleh dua pelumba pasukan Kawasaki Racing iaitu Loris Baz dan Tom Sykes yang akhirnya berjaya mendapatkan kedudukan di podium sebagai pemenang kedua dan ketiga.

Dengan gabungan mata perlumbaan 1 dan 2, Sylvain Guintoli kini berada di tangga teratas carta mata keseluruhan dengan kutipan 41 mata, Loris Baz di tempat kedua dengan 31 mata manakala tempat ketiga kini diungguli oleh Marco Melandri dari pasukan Aprilia. Pastikan persaingan pusingan pertama telah berjaya memberikan banyak informasi yang diperlukan oleh setiap pasukan untuk mempertingkatkan keupayaan jentera masing-masing.

Jules Cluzel menunggang MV Agusta F3 675 menjuarai kelas Supersport
Jules Cluzel menunggang MV Agusta F3 675 menjuarai kelas Supersport

Tahniah buat pasukan MV Agusta yang muncul sebagai juara dalam kategori ini selepas 38 tahun menanti. Kali terakhir pasukan ini muncul juara ialah menerusi tunggangan hebat pelumba lagenda, Giacomo Agostini. Kemenangan bersejarah ini dicipta oleh Jules Cluzel dari Perancis yang menunggang MV Agusta F3 675.

Cluzel yang bermula di petak ke-14 memberikan persembahan terbaiknya untuk mengekori dan memintas seorang demi seorang hinggalah berada di belakang dua pelumba hebat iaitu Kev Cognlan yang menunggang Yamaha R6 dan Raffaele De Rosa dari pasukan Honda. Dengan semangat yang tinggi, Cluzel akhirnya berjaya memecahkan rekod MV Agusta yang diidam-idamkan apabila melintasi garisan penamat di tempat pertama.

Eugene Laverty (58), Marco Melandri (33) dan Davide Giugliano (34) beraksi dengan hebat

Hebat? Ya… perlumbaan WSBK juga amat menarik dan hebat untuk ditonton. Bagi anda semua – pencinta motosikal, pihak SIC kini sedang mengadakan promosi hebat jualan tiket perlumbaan ini yang akan menggegarkan Sepang pada bulan Jun. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.