Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Jun 2023

Pengalaman Pertama Buat Ketiga-tiga Pelumba di Litar Assen

Perlumbaan "back to back'" kembali lagi pada minggu ini di mana saingan pusingan ke-8 MotoGP World Championship dan pusingan ke-5 Red Bull MotoGP Rookies Cup akan berlangsung di Litar Assen, Belanda. Litar ini sepanjang 4.54 kilometer dengan terdapat 6 selekoh kiri dan 12 selekoh kanan.

Damok
Damok

Syarifuddin Azman (Damok) yang masih dalam proses pemulihan kini mempunyai fizikal cukup baik. Beliau akan hadir ke litar untuk melalukan pemeriksaan sama ada dia dapat bersaing pada hujung minggu ini atau tidak.

"Saya amat teruja untuk kembali beraksi di Assen. Saya akan terus fokus untuk menampilkan keputusan yang baik dan berusaha tidak melakukan kesilapan seperti di perlumbaan yang lalu. Saya akan melakukan ujian pemeriksaan di Assen sebelum beraksi," kata Damok.

Hakim Danish
Hakim Danish

Manakala untuk perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup pula kita akan menyaksikan aksi dari Hakim Danish dan Danial Syahmi.

"Minggu ini merupakan peelumbaan pusingan ke-5 di Assen. Ia merupakan perlumbaan saya yang pertama di litar ini. Saya akan terus kekal dan fokus untuk bersaing di kelompok hadapan," kata Hakim Danish.

Danial Syahmi
Danial Syahmi

"Saya ternyata lebih yakin dan bersemangat untuk kembali menunggang jentera KTM di Rookies Cup selepas besaing dengan jentera Moto3 minggu lalu di Sachsenring. Saya masih lagi dalam misi memburu podium. Ini merupakan litar baru buat semua pelumba dan saya harap dapat mengenal litar ini dengan lebih cepat untuk tampilkan aksi yang baik," kata Danial Syahmi. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.