Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Jun 2023

Damok Terlepas Dua Perlumbaan, Mengalami Keretakan di Tulang Rusuk Kiri

Pelumba Moto3 Negara, Syarifuddin Azman tidak dapat meneruskan perlumbaan di Grand Prix (GP) Itali selepas mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk sebelah kirinya.

Syarifuddin atau lebih di kenali sebagai Damok telah terbabas dan melambung ke udara di Litar Antarabangsa Mugello, Itali ketika di sesi latihan bebas kedua semalam.

Akibat kecederaan itu, Damok bukan sahaja terlepas saingan di Itali, beliau juga tidak akan bersaing di perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman. Damok akan dipantau dari semasa ke semasa untuk proses pemulihan.

“Ini merupakan pengalaman saya yang pertama beraksi di Litar Mugello, Itali. Saya menamatkan sesi FP1 di tempat ke-26 manakala FP2 di tangga ke-27. Semasa di sesi latihan bebas dua, saya telah terjatuh di minit terakhir dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Saya telah disahkan  tidak cergas untuk berlumba akibat  keretakan pada tulang rusuk sebelah kiri,” kata Damok.

Semoga Damok segera pulih dan kembali beraksi dengan lebih baik selepas beliau sembuh. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.