Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 9 Mei 2023

Hakim Danish Raih Podium, Jalur Gemilang Berkibar di Estoril

Saingan pertama European Talent Cup (ETC) yang berlangsung di Litar Estoril telah memberikan kenangan manis buat pelumba negara, Hakim Danish selepas mempamerkan tunggangan mantap untuk meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 1.

Dengan gaya tunggangan yang baik dan rentak yang baik, Danish berjaya memberi saingan bersama-sama kelompok di hadapan yang diungguli oleh pelumba Sepanyol, Brian Uriarte. Turun memberi tentangan hebat ialah Rico Salmela dari Finland.

Danish mengekalkan rentak untuk agar tidak ketinggalan dari awal hingga menerima kibaran bendera penamat di tempat ketiga hanya dengan perbezaan masa 0.054s di belakang juara, Uriarte.

"Pada Race 1 saya mendapat rentak yang baik dan saya bersaing di kelompok hadapan, pada pusingan terakhir saya cuba untuk memintas dan berada di depan dan memberikan yang terbaik, saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan mendapatkan podium,” komen Hakim Danish.

“Pada Race 2 pula, saya bersaing dan kali ini kelompok hadapan yang terdapat banyak pelumba dan saingan agak sengit. Beberapa lap saya berjaya mendahului juga namun nasib tidak berapa baik ada pelumba terjatuh dan melanggar saya menyebabkan tidak dapat menghabiskan perlumbaan. Saya bersyukur dengan podium ini dan akan berusaha lagi untuk perlumbaan seterusnya. Terima kasih semua sponsor dan pasukan saya.”

Tahniah diucapkan dan semoga Hakim Danish terus sukses pada pusingan-pusingan akan datang. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.