Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Mei 2023

Damok Ambil Pengajaran, Akan Berusaha Pada Perlumbaan Seterusnya

Tahniah buat pelumba pasukan Angeluss MTA, Ivan Ortola berjaya meraih kemenangan di tempat pertama dalam saingan moto3 di litar Jerez dalam GP Sepanyol kelmarin. Manakal tempat kedua menjadi milik David Alonso (Gaviota GASGAS Aspar M3) dan Jaume Masia (Leopard Racing) di tangga ketiga.

Pemenang moto3, dari kiri: Alonso, Ortola, Masia.
Pemenang moto3, dari kiri: Alonso, Ortola, Masia.

Pelumba negara moto3 Syarifuddin Azman (Damok) dari pasukan MT-Helmets Msi menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 selepas memulakan perlumbaan di petak ke-29. Beliau berkata perlumbaan di Sepanyol itu merupakan pengajaran buatnya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam perlumbaan seterusnya.

Pada perlumbaan akhir, Damok terpaksa bermula di petak terakhir dan dikenakan Long Lap Penalty selepas melakukan kesilapan dengan menunggang jentera terlalu perlahan pada garis perlumbaan sehingga menghalang pelumba lain. Kesilapan itu mengakibatkan beliau menerima hukuman oleh steward perlumbaan.

"Saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 selepas bermula di petak terakhir dan mengabil satu "Long Lap Penalty". Ini bukanlah satu keputusan yang baik buat saya. Namun, saya harus mengambil pengajaran dan tidak akan melakukan kesilapan yang sama pada perlumbaan akan datang. Saya akan terus fokus dan bekerja keras lagi untuk perlumbaan yang seterusnya," kata Damok.

Saingan MotoGP pusingan kelima yang akan berlangsung di litar Bugatti, Perancins pada 14 Mei 2023. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Warta Roda

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.